Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Haji: Saudi sedang pantau rapat keadaan Covid-19

Duta Besar Saudi ke SG: Keputusan akan diambil berdasar situasi Covid-19 di Saudi dan juga di serata dunia
Jan 30, 2022 | 05:30 AM



HAJI tahun ini akan bergantung kepada keadaan pandemik pada bulan-bulan akan datang, kata Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Encik Abdullah Mohammed AlMadhi.



Sekitar enam bulan sebelum musim Haji bermula, pihak berkuasa Arab Saudi kini sedang memantau rapat kes Covid-19, bukan sahaja di negara itu bahkan di seluruh dunia, kata Encik Abdullah dalam satu wawancara dengan Berita Minggu (BM).



"Keputusan akan diambil selepas mengambil kira situasi dalam beberapa bulan ini di peringkat antarabangsa kerana jemaah haji datang dari serata dunia," ujarnya.



Tahun lalu, lebih 58,000 jemaah menunaikan haji di bawah langkah keselamatan Covid-19 yang ketat.



Angka itu merangkumi sekitar lebih 33,000 jemaah Saudi dan sekitar 25,000 jemaah warga asing yang bermukim di negara itu.



Tahun sebelumnya - 2020 - adalah kali pertama sejak berdekad lalu pengembara warga asing dilarang menunaikan haji disebabkan pandemik tersebut.



Semalam, akhbar ini melaporkan bahawa Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, berharap ibadah haji dapat disambung semula tahun ini, dengan keutamaan bakal diberikan kepada sekitar 38,000 orang yang "sekian lama bersabar menanti giliran mereka" untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.



Beliau berkata jika dibenarkan, berkemungkinan besar akan terdapat beberapa penyesuaian yang dilakukan sejajar dengan langkah pengurusan selamat di Tanah Suci disebabkan oleh keadaan pandemik ini.



"Muis akan memberi tumpuan dengan memberi peluang kepada mereka yang sekian lama bersabar menanti giliran mereka. Setakat ini, terdapat 38,000 orang yang sudah pun berdaftar di dalam sistem, untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima ini.



"Muis akan terus bekerja rapat dengan pihak GSA (ejen penjualan pakej haji dan umrah) serta pihak berkuasa untuk memastikan ibadah yang lancar dan selamat bagi mereka yang menerima seruan ke Baitullah," katanya.



Dalam perkembangan berkaitan, lebih 25.5 juta penduduk Arab Saudi telah mendapat suntikan vaksin terhadap Covid-19 setakat ini.



Jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan, Dr Mohammed Al-Abdulaali, berkata lebih 55 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyatnya, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).



Dr Abdulaali juga berkata semasa sidang media bahawa dunia masih menyaksikan peningkatan kes harian Covid-19 dan perlumbaan untuk menyediakan vaksin.



Laporan lanjut: Mudah amalkan agama sebagai Muslim di SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >