SEORANG Hakim Daerah semalam menggesa pengguna jalan raya agar "sangat waspada" dengan keadaan sekitaran di jalan raya selepas menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang guru pesara yang melanggar seorang pejalan kaki warga tua yang kemudian meninggal dunia.
Law Moh Koi, 79 tahun, sedang melalui garisan untuk melintas bagi pejalan kaki apabila mendiang dilanggar kereta Honda Odyssey yang dipandu Kwok Kah Kuo kira-kira 6.20 pagi, 8 Februari tahun lalu.