Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halaman keterangan diri hilang dari pasport mendiang pemain sofbal negara

Sep 22, 2016 | 11:41 AM



KELUARGA pemain sofbal Singapura yang terkorban dalam satu kemalangan di Malaysia minggu lalu mengesyaki halaman dalam pasport beliau yang tertera maklumat peribadi utama mungkin telah dicuri.



Mereka bimbang ia mungkin digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang.



Mendiang Leonard Sim, 26 tahun, yang mewakili Singapura dalam sofbal pada Sukan SEA 2007 dan 2011, meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kluang, pada awal pagi 13 Sept.



Beliau sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke Singapura dari Pulau Pinang.



Bapanya, Encik Jack Sim, 62 tahun, menunjukkan kepada akhbar The Straits Times pada Rabu (21 Sep), pasport anaknya dengan halaman pertamanya, yang tertera maklumat yang diimbas di pusat pemeriksaan imigresen, dipotong dengan kemas.



Beliau berkata: "Kami bimbang data biometriknya digunakan bagi tujuan pengganasan dan yang menyalahi undang-undang."



Mendiang Sim, seorang jurulatih sofbal, sedang bersama rakannya, Encik Lee Ren Yuan, 24 tahun, apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira 3.45 pagi.



Encik Lee menemui sekeping pasport berwarna merah tidak jauh dari tempat mendiang terbaring dan mengambilnya.



Apabila polis tiba dan mahu melihat pasport Encik Sim, beliau mengeluarkan pasport itu dan memeriksanya untuk memastikan ia pasport Encik Sim. Ketika itu beliau sedar halaman pertama pasport Encik Sim hilang.



Encik Jack Sim berkata beliau telah membuat laporan kepada polis Malaysia dan Singapura mengenai perkara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >