Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Halimah besar hati kaum lain bela Muslim

Jun 17, 2017 | 05:30 AM



MELIHAT warga bukan Muslim Singapura mempertahankan Islam dan warga Muslim dalam talian membuat beliau berbesar hati, kata Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob.



Mengulas mengenai penangkapan warga Singapura berusia 22 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, Cik Halimah berkata insiden berbaur kaum dan agama seperti itu biasanya mengundang suara yang menyokong rasa takut dan benci.



"Mujurlah, ada banyak lagi suara - pemimpin masyarakat, ketua agama dan warga Singapura biasa - yang membantu menangani rasa takut dan benci.



"Usaha mereka amat penting bagi memelihara harmoni agama dan kaum di Singapura," ujar Cik Halimah.



Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis iftar anjuran Kedutaan Amerika Syarikat di sini kelmarin.



Acara tahunan itu diadakan di kediaman Kuasa Usaha sementara kedutaan itu, Cik Stephanie Syptak-Ramnath.



Majlis turut dihadiri para diplomat dan pemimpin Islam setempat, seperti imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas.



Cik Halimah berkata sambutan Ramadan di Singapura, sebuah negara berbilang kaum dan agama, menawarkan peluang memperkukuh hubungan antara kaum.



Satu contoh, kata Cik Halimah, ialah majlis iftar ,yang menghimpunkan masyarakat Muslim dan kaum lain.



"Adalah penting memelihara harmoni kaum dan agama. Sejarah mengajar kita bahawa hal tersebut tidak boleh dipandang remeh.



"Walaupun luka lama pulih, luka baru boleh timbul dari masa ke masa, mengancam perpaduan dan kestabilan negara," ujar Cik Halimah.



Tambahnya, Singapura ialah masyarakat unik yang dibina berteras prinsip berbilang budaya dan meritokrasi.



"Kita bukan 'melting pot' dan tidak akan menjadi begitu. Sebaliknya, kita telah memupuk jalinan amat kuat antara kaum dan agama berbeza, berdasarkan sifat saling memahami, menghormati dan berkongsi wawasan buat masa depan," ujarnya.



Menurut beliau, nilai penting seperti itu penting bagi masyarakat berinovasi, berkembang dan berdaya tahan dalam dunia yang kian diubah globalisasi.



"Malah, di beberapa tempat di dunia... Ada perbezaan yang kian ketara antara kaum berbeza.



"Lantas, adalah amat penting bagi kita gigih bekerjasama demi memelihara nilai-nilai kita," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >