Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah: Dasar kerja lebih fleksibel diperlukan untuk golongan bapa

Jul 15, 2019 | 09:24 AM



HANYA separuh pekerja Singapura yang baru menjadi bapa memilih untuk menggunakan cuti bapa mereka berbanding 70 hingga 80 peratus daripada pekerja di negara Nordik. 



Demikian ditukil Presiden Halimah Yacob semasa berucap di majlis penyampaian anugerah semalam untuk meraikan bapa teladan. 



Beliau turut menggesa lebih banyak syarikat untuk mempraktikkan dasar pekerjaan yang lebih fleksibel untuk bapa yang bekerja. 



Sokongan dari majikan penting dalam usaha menggalak bapa untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam kehidupan anak-anak mereka, kata Puan Halimah dalam ucapannya di majlis Anugerah Bapa Teladan di Orchard Hotel. 



Diperkenalkan pada 2013 bagi pasangan yang sudah berkahwin, cuti bapa yang dibayar pemerintah dinaikkan kepada dua minggu pada 2017. 



Beberapa syarikat juga telah menyediakan cuti bapa yang berbayar sehingga sebulan untuk bapa yang bekerja, menurut Puan Halimah, namun menekankan bahawa syarikat seperti itu agak kurang di Singapura. 



“Menawarkan inisiatif pro-keluarga seperti ini beserta gaji yang menarik boleh membantu menarik dan mengekalkan bakat,” katanya. 



Pertukaran budaya di tempat kerja dan masyarakat juga diperlukan untuk menggalak lebih ramai bapa untuk menggunakan cuti bapa mereka, tambahnya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >