Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah diisytihar Bakal Presiden

Sep 13, 2017 | 12:06 PM



Cik Halimah Yacob baru diisytiharkan sebagai Bakal Presiden atau President Elect oleh Pegawai Pilihan Raya, Encik Ng Wai Choong.



Cik Halimah, mantan Speaker Parlimen, akan mencipta sejarah sebagai Presiden wanita pertama Singapura dan Presiden Melayu pertama dalam hampir 47 tahun selepas Encik Yusof Ishak.



Cik Halimah menyerahkan Kertas Penamaan Calon dan dokumen lain di bangunan ibu pejabat Persatuan Rakyat di King's George Avenue hari ini.



Cik Halimah, 63 tahun, satu-satunya calon yang telah menerima Sijil Kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2017, yang buat pertama kali dikhaskan untuk kaum Melayu.



Pegawai Pilihan Raya, Ketua Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Encik Ng, mengisytiharkan Cik Halimah sebagai Bakal Presiden atau Presiden Elect, memandangkan Cik Halimah seorang sahaja yang dinamakan sebagai calon.



Cik Halimah juga dijangka memulakan penggal sebagai Presiden kelapan Singapura esok (14 September).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >