SPEAKER Parlimen, Cik Halimah Yacob, semalam mengingatkan para Anggota Parlimen (AP) yang akan membuat ucapan mereka di Parlimen agar melakukannya dengan padat, bermakna, jujur dan menyentuh hati sanubari.
"Saya menggesa anda agar jadikan ucapan anda padat kerana panjangnya sesuatu ucapan itu bukanlah ukuran bagi kesannya. Buatlah ucapan-ucapan yang jujur, ikhlas dan menyentuh hati," ujar beliau semasa berucap dalam perasmian sesi pertama Parlimen Singapura di Dewan Parlimen semalam.