SPEAKER Parlimen Halimah Yacob akan mengadakan lawatan rasmi ke Hungary mulai hari ini hingga 15 Jun ini.
Kunjungan tersebut atas undangan rakan sejawatannya dari Hungary, Dr László Kövér.
Kerani Parlimen dalam kenyataannya tadi berkata, semasa lawatan itu Cik Halimah akan menemui Dr Kövér dan disajikan dalam satu jamuan makan tengah hari.
Beliau juga akan menemui Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Tanpa Portfolio Hungary Encik Zsolt Semjén; Menteri Ehwal Luar dan Dagangan, Mr Péter Szijjártó; Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Luar Dewan Negara Hungary, Encik Zsolt Németh; dan para anggota Kumpulan Persahabatan Dewan Negara Hungary-Singapura.
Singapura menikmati hubungan mesra dengan Hungary.
Menerusi lawatan tersebut, Speaker Halimah berharap dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara kededua negara dan antara kededua Dewan.
Beliau akan ditemani oleh beberapa Anggota Parlimen (AP), Cik Ellen Lee, Encik Arthur Fong, Encik Zaqy Mohamad dan Dr Chia Shi Lu serta para pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA).