Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah perkenal slogan dan pasukan pilihan raya presiden

Aug 29, 2017 | 01:23 PM



CIK Halimah Yacob memperkenalkan slogan kempennya bagi Pilihan Raya Presiden tahun ini, iaitu “Melakukan perkara yang baik, melakukannya bersama” (Do Good Do Together), dalam satu sidang media pagi tadi. 



Semasa sidang media di One Marina Boulevard itu, Cik Halimah mengajak semua warga Singapura menyertainya membina sebuah masyarakat cemerlang yang inklusif dan progresif.



Mantan Speaker Parlimen itu yang berundur daripada politik awal bulan ini untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan berlangsung bulan depan itu berkata beliau memilih slogan itu kerana seorang Presiden harus menyatukan rakyat. 



"Saya percaya kita boleh melakukan banyak kebaikan… kita dapat melakukan banyak kebaikan untuk semua orang jika dilakukan bersama,” katanya. 



Cik Halimah turut memperkenalkan pasukan kempennya yang antara lain merangkumi temannya dan individu yang pernah bekerja dengannya sebelum ini daripada pelbagai segmen masyarakat. 



Mereka termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Haji Yusof Ismail; Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Cik Chia Yong Yong; serta Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >