Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah teliti buat persiapan terakhir

Sep 13, 2017 | 05:30 AM



WALAUPUN sudah menerima Sijil Kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, Cik Halimah Yacob dan pasukannya tetap tidak mengambil ringan hal itu.



Sebaliknya, beliau terus giat membuat persiapan sepanjang hari semalam menjelang Hari Penamaan Calon hari ini.



Cik Halimah dijangka menghantar borang pencalonan dan sijil kepada Pegawai Pilihan Raya di pusat penamaan calon antara 11 pagi dengan 12 tengah hari.



Pusat penamaan calon di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) di King George's Avenue akan dibuka dari 10 pagi hari ini.



Cik Halimah harus hadir bersama pencadang, penyokong dan sekurang-kurangnya empat penyetuju.



Memberi komennya kepada Berita Harian, Cik Halimah berkata:



"Saya menanti untuk menyerahkan borang pencalonan. Ini adalah tuntutan prosedural yang perlu saya penuhi. Tugas saya akan bermula selepas itu."



Dalam pada itu, selepas tempoh pencalonan ditutup dan hanya Cik Halimah dicalon, Pegawai Pilihan Raya akan mengisytiharkan beliau sebagai calon yang berjaya dicalonkan.



Cik Halimah kemudian harus mengangkat sumpah sebelum diisytihar Presiden kelapan negara ini.



Berusia 63 tahun, Cik Halimah diumumkan menerima Sijil Kelayakan daripada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) kelmarin.



Dari Parlimen ke Istana:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >