USAHA untuk mengatasi ideologi pengganasan memerlukan gabungan tenaga seluruh masyarakat Singapura tidak kira kaum dan agama, kata Speaker Parlimen Cik Halimah Yacob.
Tugas itu tidak boleh dipikul pemerintah, ulama, asatizah serta badan Muslim sahaja.
"Masyarakat Islam Singapura khususnya telah selalu tampil memperbetul perspektif tentang Islam, sekaligus mengatasi mereka yang mendakwa mewakili Islam dengan pendekatan keras dan radikal mereka," ujar Cik Halimah.
Beliau berkata demikian di Seminar Madrasah di Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang turut dihadiri sekitar 150 pelajar dari enam madrasah sepenuh masa, serta pelajar dari Sekolah Seni, Nanyang Girls High School dan Hwa Chong Institution.