Halimah Yacob Presiden kelapan Singapura, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

UPACARA PERASMIAN PRESIDEN KELAPAN SINGAPURA

Halimah Yacob Presiden kelapan Singapura

Sep 14, 2017 | 06:25 PM

PUAN Halimah Yacob ialah presiden kelapan Singapura dan juga wanita pertama menyandang jawatan itu, selepas beliau mengangkat sumpah dalam upacara perasmian khas di Istana pada 14 September. 

Puan Halimah, 63 tahun,  juga adalah Melayu kedua menjadi Presiden Singapura, 47 tahun selepas Presiden pertama Encik Yusof Ishak meninggalkan pejabat itu.

Disaksikan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee dan ahli keluarga lain,  Menteri Kabinet, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Hakim Negara Sundaresh Menon dan Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin, Puan Halimah mengangkat sumpah sebagai presiden di Bilik Negara di Istana, kemuncak upacara perasmian itu.

Puan Halimah juga dijadual memberi ucapan pertama sebagai Presiden, dan dijangka bercakap tentang nilai teras Singapura seperti prinsip berbilang kaum dan meritokrasi.

Puan Halimah menjadi presiden tanpa bertanding selepas beliau dinamakan sebagai calon tunggal pada Hari Penamaan Calon pada 13 September. Dua lagi bakal calon yang memohon - pemilik syarikat khidmat marin Encik Farid Khan dan usahawan busana dan hartanah Encik Salleh Marican -  diputuskan tidak layak oleh Jawatankuasa Pilihan Raya (PEC) kerana tidak memenuhi syarat memimpin syarikat yang mempunyai ekuiti pemegang saham $500 juta.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pilihan raya presiden ini dikhaskan bagi kaum Melayu selepas Perlembagaan dipinda tahun lalu, antaranya bagi memberi peluang setara kepada setiap kaum menjadi presiden.

Bercakap kepada media di Hari Penamaan Calon, Cik Halimah berkata walau beliau pilihan raya tahun ini dikhaskan bagi kaum Melayu, beliau  adalah presiden bagi sepelusuk warga Singapura.

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map