Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hambur kata kesat ke atas polis: Dua wanita didenda $3,000 setiap seorang

Sep 11, 2021 | 05:30 AM



MANGSA sekadar menjalankan tugasnya tetapi dihambur kata-kata menghina seperti "bercakap dengan orang kaya secara baik, anda perempuan miskin".



Kata-kata itu timbul daripada dua wanita selepas seorang pegawai polis auksiliari mendekati mereka kerana merokok di luar kawasan yang ditentukan.



Koh Lee Yen, 50 tahun, dan Chee Kam Fah, 49 tahun, setiap seorang didenda $3,000 baru-baru ini.



Mereka masing-masing mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan kata-kata menghina terhadap seorang pekerja perkhidmatan awam.



Rekod Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) menunjukkan Koh dan Chee adalah pemegang saham dan pengarah peruncit barang kemas Gold Star Resources. Mereka juga memegang saham di syarikat lain manakala Chee adalah pengarah di beberapa firma.



Mahkamah diberitahu bahawa kejadian itu berlaku pada 21 September tahun lalu, di luar pusat beli-belah Lucky Plaza di Orchard Road.



Ketika itu, Cik Asyikah Suri Kamsari sedang bertugas bersama rakan kerjanya di kawasan tersebut.



Beliau diberi kuasa di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah kesihatan awam.



Beliau melihat Koh dan Chee merokok di luar kawasan yang ditentukan dan mendekati kedua-dua wanita itu untuk mendapat butiran mereka, supaya beliau dapat mengeluarkan saman kepada mereka.



Kedua-dua wanita itu mula mencaci maki ketika beliau merakam butiran Koh.



Mereka mengeluarkan kata-kata seperti "gaji anda berapa, saya rasa hanya seribu sebulan" dan "perempuan gila, lebih baik anda balik rumah dan peluk bantal anda dan nangis, gaji anda tidak cukup untuk saya beli bantal...".



Chee juga menggunakan kata kesat sementara Koh memarahi pegawai itu dalam bahasa Mandarin dan Kantonis.



Chee kemudian melambaikan wang kertas $1,000 kepada mangsa, sambil berkata: "Anda seharusnya diam dan ambil wang ini."



Menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman denda antara $3,000 dengan $4,000 bagi setiap seorang, pegawai pendakwa negara Nasri Haron berkata caci maki itu berpanjangan dan "dikira menghina dan merendahkan diri".



"Mangsa hanya menjalankan tugasnya," tambahnya.



Kedua-dua wanita itu mengatakan mereka berasa tertekan pada ketika itu dalam mitigasi mereka.



Koh berkata dia kecewa kerana melihat Cik Asyikah membiarkan dua lelaki pergi dan tidak menahan mereka kerana perbuatan merokok serupa di luar kawasan yang ditentukan.



Namun, Hakim Daerah Jasbendar Kaur berkata perkara tersebut berbeza daripada menggunakan kata-kata menghina pada pegawai itu.



Hakim juga berkata stres bukanlah alasan bagi kedua-dua wanita itu untuk mencaci maki mangsa.



Bagi kesalahan menggunakan kata-kata menghina terhadap pekerja perkhidmatan awam, Koh dan Chee masing-masing boleh dipenjara hingga setahun, atau didenda hingga $5,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >