Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Hampir $1b dibelanja pemerintah bagi subsidi pesakit Covid-19

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



HINGGA hujung tahun lalu, pemerintah telah membelanjakan sekitar $730 juta bagi subsidi pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, dan $220 juta bagi rawatan pesakit luar untuk Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semalam.



Beliau berkata demikian di Parlimen ketika menjawab soalan Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) yang bertanya tentang subsidi penjagaan kesihatan berkaitan pandemik Covid-19.



Cik He juga bertanya apakah ada rancangan untuk mengurangkan bilangan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC).



Encik Ong berkata sejak Februari 2020, lebih 1,000 PHPC telah ditubuhkan.



Di samping poliklinik, PHPC memainkan peranan penting dalam menjalankan ujian swab yang dibiayai pemerintah, suntikan vaksin Covid-19 dan ubat antivirus.



Encik Ong berkata bilangan PHPC tidak dikurangkan lebih awal kerana gelombang jangkitan Covid-19 baru dijangka berlaku.



"Kita berada di tengah-tengah gelombang baru sekarang dan tidak wajar menghentikan PHPC ketika ini," kata beliau.



Skim PHPC menggabungkan respons penjagaan utama terhadap kecemasan kesihatan awam seperti pandemik influenza, jerebu dan wabak antraks ke dalam satu skim bagi pengurusan lebih baik.



Sedang peranan khusus PHPC mungkin berlainan dalam ancaman berbeza, fungsi umum PHPC tetap sama, iaitu memenuhi keperluan penjagaan kesihatan utama warga Singapura pada masa keperluan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >