Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hingga 3,912 orang ditangkap dalam 8 bulan pertama 2022 akibat miliki, guna e-rokok

Sep 27, 2022 | 05:33 PM



SERAMAI 3,912 orang telah ditangkap sepanjang lapan bulan pertama tahun ini kerana menggunakan dan memiliki rokok elektronik (e-rokok) atau ‘e-vaporizer’.



Angka tersebut membentuk sebahagian daripada 10,754 orang yang telah ditangkap kerana menggunakan dan memiliki e-rokok antara Februari 2018 dengan Ogos tahun ini.



Menyatakan demikian dalam satu kenyataannya hari ini (27 September), Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata angka tertinggi di mana mereka yang ditangkap kerana menggunakan dan memiliki e-rokok sejauh ini, adalah pada tahun lalu – seramai 4,697 orang yang ditangkap.



Dua tahun lalu seramai 1,266 orang ditangkap; 811 orang (2019); dan 68 orang (antara Februari hingga Disember 2018).



“Singapura mengamalkan pendekatan serampang berbilang bagi menangani penggunaan e-rokok, terdiri daripada perundangan, penguatkuasaan, pendidikan awam dan kaunseling.



“Bagi menangani masalah penggunaan e-rokok dalam kalangan belia, Kementerian Kesihatan (MOH), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Kementerian Pendidikan (MOE) bekerjasama untuk menekankan tentang pemilikan dan penggunaan e-rokok di sekolah menerusi strategi pendidikan dan penguatkuasaan yang disasarkan terhadap belia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >