Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Hampir 50,000 warga SG terima rawatan isu mental setiap tahun dari 2016 hingga 2019

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 49,800 penduduk Singapura telah menerima rawatan bagi isu kesihatan mental secara purata setiap tahun dari 2016 hingga 2019, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, semalam.



Bilangan itu termasuk mereka yang dirawat di hospital awam dan swasta, poliklinik dan klinik perubatan umum, tambahnya.



Data bagi tahun lalu belum ada, kata Cik Rahayu di Parlimen ketika menjawab soalan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied).



Encik Faisal telah bertanya tentang bilangan individu yang menerima rawatan bagi masalah kesihatan mental setiap tahun dari 2016 hingga 2020, mereka yang dirawat kerana kemurungan dan keresahan, serta demografi dan punca kes-kes itu.



Cik Rahayu berkata sekitar 60 peratus pesakit yang mengalami keresahan dan kemurungan berusia di bawah 60 tahun.



Sekitar 70 peratus daripada mereka adalah daripada kaum Cina dan sekitar 30 peratus tinggal di flat awam tiga bilik atau lebih kecil.



Peratusan mengikut tahap pendidikan pesakit tidak ada buat masa ini, kata Cik Rahayu.



Menukil Kajian Kesihatan Mental Singapura (SMHS) 2016, Cik Rahayu berkata pengangguran dan perceraian atau perpisahan sering dikaitkan dengan kemurungan.



"Kajian yang sama menyatakan bahawa tekanan mungkin merupakan faktor risiko berlakunya gangguan keresahan," katanya.



SMHS 2010 mendapati hampir separuh mereka yang mengalami kemurungan dan keresahan juga mengalami penyakit fizikal kronik.



Encik Faisal juga bertanya tentang bilangan tahunan mereka yang membunuh diri dan cuba membunuh diri serta demografi dan punca kes-kesnya.



Cik Rahayu berkata orang muda yang berusia 19 tahun dan ke bawah membentuk kejadian bunuh diri yang lebih rendah dan tidak seimbang.



Perkara sebaliknya pula berlaku pada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, kata beliau.



Beliau menambah perangkaan kes bunuh diri dikeluarkan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam laporan tahunannya tentang pendaftaran kelahiran dan kematian.



Menurut laporan 2020 yang diterbitkan Jun lalu, terdapat 452 kematian akibat bunuh diri tahun lalu, naik daripada 400 pada tahun sebelumnya.



Daripada 452 kes tahun lalu, 320 adalah lelaki dan 132 adalah perempuan.



Mengenai demografi kes bunuh diri pula, Cik Rahayu berkata mengikut kaum, orang Melayu membentuk kejadian bunuh diri "yang tidak seimbang lebih rendah" dan keadaan yang sebaliknya didapati bagi orang India.



Pecahan mengikut tahap pendidikan dan latar belakang ekonomi pula tidak ada, kata Cik Rahayu.



"Biasanya terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu membunuh diri dan cuba membunuh diri.



"Faktor-faktor ini termasuk masalah perhubungan, keluarga, sosial, kewangan, mental dan isu kesihatan fizikal."




"Biasanya terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu membunuh diri dan cuba membunuh diri.

Faktor-faktor ini termasuk masalah perhubungan, keluarga, sosial, kewangan, mental dan isu kesihatan fizikal."

- Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >