Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Hampir 500,000 penduduk raih manfaat daripada skim sokongan kewangan Covid-19

Mar 15, 2022 | 05:27 PM



TIGA skim sokongan kewangan untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan atau yang gaji mereka dipotong akibat pandemik Covid-19 telah memberi manfaat kepada hampir setengah juta penduduk di Singapura.



Menteri Negara bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Cik Sun Xueling berkata, bahawa Dana Bantuan Sementara, Geran Sokongan Covid-19 dan Geran Pemulihan Covid-19 telah memanfaatkan sekitar 480,000 individu sehingga akhir tahun lalu.



Beliau berkata demikian pada Selasa (15 Mac) yang juga Hari Kerja Sosial Sedunia di persidangan Cabaran Dan Perancangan Pasca Pandemik untuk Perkhidmatan Sosial anjuran Pusat Penyelidikan Perkhidmatan Sosial Universiti Nasional Singapura, lapor The Straits Times.



Akur bahawa pandemik ini lebih menjejas kumpulan yang terdedah, Cik Sun berkata langkah sokongan kewangan Covid-19 melengkapkan skim bantuan pra-pandemik seperti bantuan kewangan ComCare kepada kumpulan ini.



Masyarakat juga memainkan peranan, misalnya, Rangkaian Masyarakat SG Cares - yang terdiri daripada pelbagai agensi awam, korporat dan masyarakat - mendekati 50,000 keluarga yang tinggal di rumah flat sewa sejak pandemik ini bermula pada 2020 untuk memeriksa kesejahteraan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >