Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir $500j Geran Perumahan CPF Dipertingkat telah diagih

Sekitar 15,600 pembeli kali pertama terima geran sejak Sept 2019
Feb 22, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR $500 juta Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) telah diagihkan kepada sekitar 15,600 pembeli kali pertama sejak geran itu diperkenal pada September 2019, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Daripada jumlah itu, sekitar $270 juta EHG telah diagihkan kepada kira-kira 7,700 isi rumah kali pertama yang membeli flat baru telah memohon bagi EHG antara 11 September 2019 dengan 31 Disember 2020.



Sementara itu, sekitar 8,300 isi rumah kali pertama yang membeli flat jualan semula telah memohon bagi EHG antara 11 September 2019 dengan 31 Disember 2020.



Sekitar $226 juta EHG telah diagihkan kepada kira-kira 7,900 isi rumah ini, dengan baki pemohon akan menerima geran itu selepas selesai urus niaga jualan semula mereka.



Menerusi satu kenyataan semalam, HDB berkata EHG yang bertujuan membantu lebih ramai warga Singapura membeli flat pertama mereka menggantikan Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG) dan Geran Perumahan CPF Khas (SHG).



EHG boleh dimanfaatkan pembeli yang layak tanpa mengira sama ada mereka membeli flat baru atau jualan semula, serta tiada sekatan pada jenis flat dan lokasi.



Menurut Pengarah Divisyen Bersekutu PropNex Realty, Encik Nizam Adli, EHG dapat membantu pembeli mengatasi kekurangan apabila membeli flat jualan semula lebih baru, misalnya flat yang baru mencapai Tempoh Penginapan Minimum (MOP).



"Mereka boleh mendapatkan flat lama pada kos lebih rendah tetapi ada kelebihan membeli flat yang baru mencapai MOP berbanding flat lama dari segi kos ubah elok lebih rendah, penyenggaraan dan sekitarannya.



"Ramai klien saya telah meraih manfaat daripada EHG... untuk membeli flat lebih baru yang memerlukan sedikit kerja ubah elok sahaja atau tidak perlu langsung," ujarnya.



Dengan EHG, isi rumah kali pertama yang membeli flat jualan semula kini boleh menikmati geran perumahan hingga $160,000.



Ini termasuk Geran Keluarga hingga $50,000; EHG hingga $80,000 dan Geran Perumahan Berhampiran (PHG) hingga $30,000.



Di bawah PHG, keluarga yang membeli flat jualan semula untuk tinggal bersama ibu bapa atau anak akan menikmati geran sebanyak $30,000.



Mereka yang membeli flat jualan semula untuk tinggal berhampiran, dalam jarak 4 kilometer, dengan rumah ibu bapa atau anak mereka akan menerima geran sebanyak $20,000.



Bujang yang layak membeli flat jualan semula akan menerima $15,000 jika tinggal dengan ibu bapa, sementara yang tinggal berhampiran akan menerima $10,000 di bawah geran tersebut.



Menurut Encik Nizam, terdapat trend keluarga yang membeli flat jualan semula untuk tinggal dekat dengan rumah ibu bapa mereka, lebih-lebih lagi selepas PHG diperkenal.



Ini membolehkan keluarga ini berada dekat dengan ibu bapa mereka antara lain untuk mendapatkan bantuan menjaga anak dan supaya mereka tidak jauh dari ibu bapa mereka yang sudah lanjut usia sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.



Bagi pasangan yang tinggal bersama ibu bapa sejak berumah tangga dan ingin membeli flat pertama mereka pula, geran yang ditawarkan termasuk PHG menjadikannya lebih menarik untuk membeli flat jualan semula dekat rumah ibu bapa mereka berbanding mendapatkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) kerana tidak perlu tunggu lama.



Laporan lanjut: Pelbagai geran bantu pasangan muda beli flat pertama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >