Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Hampir 6 peratus keluarga S'pura ambil pelitup percuma pada hari pertama agihan

Feb 02, 2020 | 05:29 PM

 Hampir enam peratus daripada semua keluarga di Singapura telah mengambil pelitup mereka, di  akhir hari pertama latihan pengagihan pelitup percuma pada Sabtu (1 Februari), kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee.

“Orang ramai bersikap sangat tenang dengan warga Singapura dan keluarga  mereka datang berterusan mengambil pelitup mereka. 

Tiada sebarang laporan mengenai rasa cemas atau panik,” katanya selepas satu lawatan ke pusat pengambilan pelitup di Pusat Jawatankuasa di Blok 47 Telok Blangah Drive pada Ahad ini (2 Februari).

Beliau berkata pihak berkuasa telah menjalankan pengagihan secara bertahap-tahap untuk memastikan ia teratur.

Pemerintah pada Khamis lalu mengumumkan bahawa semua 1.3 juta keluarga di sini akan diberikan empat pelitup percuma bagi setiap isi rumah.

Pengagihan telah bermula Sabtu dan akan berakhir pada 9 Februari.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian