Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 60% keluarga muda pilih untuk tinggal berdekatan flat ibu bapa

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 60 peratus keluarga lebih muda tinggal di flat HDB yang berdekatan rumah ibu bapa mereka - trend yang menunjukkan jarak dekat penting bagi mereka terutama yang mempunyai anak kecil.



Malah, keluarga lebih muda ini juga lebih kerap mengunjungi ibu bapa mereka, kata agensi perumahan negara HDB.



Bilangan penghuni HDB lebih muda yang telah mendirikan rumah tangga dan tinggal berhampiran atau di estet berhampiran ibu bapa mereka meningkat daripada 42.8 peratus pada 2013 kepada 44.9 peratus pada 2018.



Dalam tempoh yang sama, bilangan penghuni HDB lebih berusia yang tinggal berhampiran anak-anak mereka yang telah berumah tangga juga telah meningkat daripada 37.9 peratus kepada 43.5 peratus.



Sebanyak 81.2 peratus penghuni yang telah berumah tangga dan tinggal berhampiran orang tua mereka pula mengunjungi orang tua mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu, berbanding 63 peratus penghuni HDB serupa yang tinggal di tempat lain di Singapura.



HDB menyifatkan keluarga lebih muda sebagai mereka yang berusia 54 tahun dan ke bawah. Keluarga sedemikian membentuk 22 peratus isi rumah HDB.



HDB mendedahkan perangkaan itu semalam, menerusi laporan Tinjauan Sampel Isi Rumah 2018.



Tinjauan tersebut dilakukan setiap lima tahun, antaranya untuk mengumpul maklum balas dan mengikuti trend perumahan awam yang baru, kata HDB.



Menurut HDB, hasil tinjauan itu menunjukkan jarak dekat antara orang tua dengan anak yang berkeluarga sendiri membantu menambah interaksi dan sokongan.



"HDB akan terus menyediakan skim dan dasar perumahan untuk menyokong keluarga lebih besar yang ingin tinggal bersama atau berhampiran satu sama lain," kata HDB, yang turut memberi contoh sokongan seperti Skim Keutamaan Anak Yang Sudah Berumah Tangga (MCPS), Skim Keutamaan Warga Emas (SPS), Skim Keutamaan Berbilang Generasi (MGPS) dan Geran Perumahan Berhampiran (PHG).



Menurut HDB, anak-anak adalah sumber sokongan utama bagi orang tua yang anak-anaknya telah berumah tangga.



Lebih 70 peratus menerima sokongan kewangan bulanan dari anak-anak mereka. Lagi sekitar 11 peratus pula menerima sokongan dalam bentuk lain daripada anak-anak.



Dalam pada itu, HDB berkata penghuni HDB lebih muda mempunyai aspirasi untuk berpindah ke rumah lebih baik dengan penghuni flat empat bilik dan lebih kecil membentuk sebahagian lebih besar kumpulan ini.



Sekitar 70 peratus penghuni berusia 35 tahun dan ke bawah mempunyai aspirasi berpindah ke flat lebih baik.



Bagi pemilik flat HDB, flat lebih baik adalah flat saiz lebih besar atau hartanah privet.



Bagi penyewa flat pula, flat lebih baik adalah flat yang dimiliki sendiri.



Sebaliknya, hampir 80 peratus penghuni HDB lebih berusia berpuas hati dengan flat mereka.



Bilangan penghuni yang tinggal di flat satu dan dua bilik yang mempunyai aspirasi berpindah ke rumah lebih baik pula bertambah daripada 37.3 peratus pada 2008 kepada 51.9 peratus pada 2018.



Pada masa yang sama, sekurang-kurangnya separuh isi rumah yang tinggal di flat tiga bilik atau lebih besar berpuas hati dengan flat mereka.



Dalam kalangan kumpulan ini, bilangan isi rumah yang tinggal di flat lima bilik dan flat eksekutif telah bertambah berbanding sedekad yang lalu, kata HDB. Tambahnya, flat sedemikian memberikan ruang yang mencukupi bagi keluarga sepanjang hayat mereka.



Pengerusi panel penasihat penyelidikan HDB Profesor Madya Tan Ern Ser berkata hasil tinjauan itu menunjukkan pemilik rumah muda mempunyai aspirasi mendaki tangga perumahan iaitu tanda mobiliti sosial ke atas.



"Dari sudut ini, hasil tinjauan memberikan maklum balas berguna bagi HDB untuk mencorak masa depan perumahan awam, bukan sahaja dalam membentuk dasar perumahan yang sesuai, malah apabila ia memperhalusi desain bagi memenuhi keperluan penduduk," kata Profesor Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >