Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 600 tampil bantu operasi barisan depan Covid-19

Termasuk individu, doktor, jururawat dan karyawan kesihatan bersekutu
Oct 07, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 600 individu, termasuk doktor, jururawat dan profesional kesihatan bersekutu tampil membantu operasi barisan depan Covid-19 sepanjang minggu lalu.



Bantuan itu dihulurkan menerusi gabungan bersama khidmat relawan Sg Healthcare Corps (SHC).



Demikian menurut Menteri Kesihatan (MOH) Ong Ye Kung yang menyeru lebih ramai doktor, jururawat dan warga Singapura yang lain, tampil dan membantu dalam operasi Covid-19 ini, terutama untuk menjaga warga emas.



Menurutnya, MOH telah memadankan relawan dengan tugas dan peluang yang sesuai untuk mereka di institusi penjagaan kesihatan serta rakan organisasi.



"Kami telah menyediakan lebih banyak 'hadwe' di kemudahan penjagaan kami.



"Tetapi cabaran yang berterusan adalah mencari 'heartware' (tenaga manusia): seperti doktor, jururawat dan pasukan perubatan yang diperlukan demi memastikan perkhidmatan kami terus berjalan," ujar Encik Ong dalam satu catatan di Facebook malam kelmarin.



Lantaran itu, setiap bantuan dan sokongan yang diterima sangat dihargai, tambahnya.



Ini bukan kali pertama Encik Ong membuat catatan Facebook dengan meminta khidmat daripada karyawan penjagaan kesihatan.



Awal Ogos lalu, Encik Ong juga menulis satu catatan di Facebook dengan menggesa lebih ramai doktor dan jururawat tampil sebagai relawan bagi membantu usaha vaksinasi di Singapura.



Para doktor dan jururawat di sini telah memainkan peranan utama dalam usaha vaksinasi negara, katanya, Ogos lalu.



Menurut laman MOH, hingga kelmarin, kadar program vaksinasi di Singapura kini telah mencapai 83 peratus dos penuh dan 83 peratus telah sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin.



Pihak berkuasa berkata baru-baru ini jumlah kes Covid-19 yang melonjak tinggi kebelakangan ini meninggalkan kesan terhadap keupayaan penjagaan kesihatan negara ini.



Dalam beberapa minggu lalu, MOH juga telah melibatkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk mengendali program pemulihan di rumah setelah program itu menghadapi kegenjotan pada awalnya disebabkan kes yang melonjak yang mendadak.



Jika ada yang berminat dan ingin tampil menjadi relawan SHC untuk membantu mengekang penularan pandemik ini, anda boleh mendaftar di go.gov.sg/shc-covidops.



Bagi mengutarakan pertanyaan atau penjelasan lanjut, sila e-mel kepada shc@moh.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >