Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Hampir 70% slot solat Jumaat ditempah selepas langkah ikut status vaksinasi dilancar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Hampir 70% slot solat Jumaat ditempah selepas langkah ikut status vaksinasi dilancar

Feb 03, 2022 | 05:36 PM

HAMPIR 70 peratus slot yang tersedia bagi solat Jumaat hari ini ditempah sehingga 3 petang Khamis (3 Feb).

Solat Jumaat yang diadakan serata Singapura esok (Jumaat, 4 Feb) merupakan yang pertama untuk diadakan sejak Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) berkuat kuasa di masjid Selasa lalu.

Berkongsi perangkaan dalam respons kepada pertanyaan Berita Harian (BH), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata sebanyak 45,317 slot daripada 65,182 slot telah ditempah.

Muis tidak dapat memberi komen sama ada VDS menjejas kadar tempahan, tetapi jurucakapnya berkata kadar tempahan konsisten dengan solat Jumaat yang diadakan pada minggu-minggu sebelumnya apabila VDS belum lagi dilaksanakan.

Mereka akan memantau keadaan dalam minggu-minggu akan datang, kata jurucakap Muis.

Muis berkata lagi bahawa sesi pertama merupakan yang paling popular dalam kalangan jemaah berdasarkan kadar tempahan.

“Ini sudah menjadi norma sejak sistem tempahan dilaksanakan,” kata jurucakap itu lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3