Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 70% slot solat Jumaat ditempah selepas langkah ikut status vaksinasi dilancar

Feb 04, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR 70 peratus slot yang tersedia bagi solat Jumaat hari ini ditempah sehingga 3 petang semalam.



Solat Jumaat yang diadakan serata Singapura hari ini merupakan yang pertama untuk diadakan sejak Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) berkuat kuasa di masjid Selasa lalu.



Berkongsi perangkaan dalam respons kepada pertanyaan Berita Harian (BH), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata sebanyak 45,317 slot daripada 65,182 slot telah ditempah.



Muis tidak dapat memberi komen sama ada VDS menjejas kadar tempahan, tetapi jurucakapnya berkata kadar tempahan agak konsisten dengan solat Jumaat yang diadakan pada minggu-minggu sebelumnya apabila VDS belum lagi dilaksanakan.



Mereka akan memantau keadaan dalam minggu-minggu akan datang, kata jurucakap Muis.



Muis berkata lagi bahawa sesi pertama merupakan yang paling popular dalam kalangan jemaah berdasarkan kadar tempahan.



"Ini sudah menjadi norma sejak sistem tempahan dilaksanakan," kata jurucakap itu lagi.



Bagi solat Jumaat hari ini, hanya individu yang telah divaksinasi sepenuhnya boleh menempah slot di kesemua 66 masjid, sejajar dengan langkah VDS itu.



Sebelum ini, Muis berkata lebih banyak ruang akan disediakan bagi solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Singapura bermula hari ini.



Sebanyak 65,182 ruang ditawarkan bagi solat Jumaat setiap minggu, berbanding lebih 64,000 sebelum ini.



Baru-baru ini, Pejabat Mufti telah mengeluarkan irsyad (panduan) terkini mengenai solat berjemaah di masjid, termasuk kelonggaran atau rukhsah untuk tidak menunaikan solat Jumaat bagi dua golongan.



Muis berkata meskipun hukum solat Jumaat kekal wajib, keringanan untuk tidak menunaikan solat Jumaat masih wujud bagi dua golongan berdasarkan perkembangan terkini situasi pandemik Covid-19.



Dua golongan ini adalah mereka yang sudah lengkap divaksin namun tidak berjaya menempah slot untuk menunaikan solat Jumaat disebabkan keterbatasan ruang, dan individu yang tidak layak menerima vaksin atas sebab kesihatan. Mereka tergolong dalam kumpulan individu yang uzur kerana sakit.



Mereka yang belum divaksin disebabkan masalah kesihatan perlu menggantikan solat Jumaat berjemaah dengan solat zuhur demi keselamatan mereka dan juga jemaah lain.



Ini kerana kehadiran mereka di perhimpunan besar akan menimbulkan risiko kemudaratan kepada diri mereka dan orang lain, menurut irsyad Pejabat Mufti itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >