Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 700 pegawai Home Team diiktiraf

Nov 08, 2017 | 10:00 PM



HAMPIR 700 pegawai Home Team diiktiraf bagi sumbangan dan komitmen mereka memastikan keselamatan Singapura di Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan 2017 Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) petang tadi.



Anugerah yang diadakan di Auditorium Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) itu turut dihadiri Menteri Kedua(Ehwal Dalam Negeri merangkap Tenaga Manusia), Cik Josephine Teo, selaku tetamu terhormat.



Antara pegawai yang diiktiraf termasuk Timbalan Pegawai Bertanggunjawab Pasukan Operasi Khas di Polis Trafik (TP), Inspektor Balai Kanan (SSI) Yazid Sawal, 43 tahun, yang menerima Pingat Kecekapan serta penganalisis media di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Mejar Khaisarah Mansor, 38 tahun, yang menerima Pingat Kepujian.



SSI Yazid yang telah berbakti dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) selama lebih 20 tahun antara lain pernah memainkan peranan penting mengetuai sekumpulan pegawai TP yang mengiringi Presiden Singapura ke Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).



Beliau juga pernah memikul tanggungjawab itu beberapa kali sebelum ini, dalam acara besar lain di sini atau bagi mengiringi pemimpin dari luar negara yang melawat Singapura.



Sementara itu, Mejar Khaisarah yang telah berbakti dengan SCDF selama lebih 14 tahun memainkan peranan di sebalik tabir bagi memastikan orang awam mendapat maklumat tepat dan terkini tentang kejadian kecemasan yang berlaku di sini, seperti kebakaran besar dan sebagainya.



Beliau juga memastikan penyelarasan yang berkesan dengan media semasa kejadian sedemikian.



Dalam pada itu, beliau juga telah berbakti sebagai Adikong Kehormat (HADC) kepada Presiden Singapura sejak 2009, menjadikannya pegawai wanita daripada SCDF yang telah berkhidmat paling lama dalam jawatan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >