HAMPIR 80 bekas penjaja pasar lambak Sungei Road telah memanfaatkan bantuan yang dihulurkan pemerintah menerusi pelbagai agensinya meskipun mereka sedang membuat penyesuaian untuk meneruskan kehidupan.
Mereka antara sekitar 200 penjaja di zon menjaja Sungei Road (SRHZ) yang terjejas apabila pasar lambak itu ditutup pada 10 Julai lalu bagi memberi laluan kepada projek kediaman pada masa hadapan.