Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 90% lulusan poly dapat kerja dalam tempoh 6 bulan tamat belajar

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR sembilan daripada 10 atau 90 peratus lulusan politeknik di sini memperolehi pekerjaan - sama ada sepenuh masa secara tetap, sambilan atau bebas - dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian tahun lalu, menurut satu tinjauan.



Namun, peratusan ini merosot sedikit berbanding tahun sebelumnya.



Menurut Tinjauan Pekerjaan Siswazah Politeknik (GES) terkini, 87.4 peratus dalam kalangan responden yang memasuki tenaga buruh memperolehi pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian tahun lalu.



Ini merosot daripada 90.7 peratus pada 2019 dan 89.5 peratus pada 2018.



Gaji bulanan median pelajar yang sudah bekerja sepenuh masa kekal pada $2,400 tahun lalu, sama seperti pada 2019. Pada 2018, gaji bulanan median adalah $2,350.



Sepanjang tiga tahun lalu, gaji bulanan median pelajar daripada jurusan kejuruteraan, sains kesihatan serta informasi dan teknologi digital telah secara konsisten lebih tinggi berbanding gaji untuk semua lulusan.



Dalam pada itu, jumlah pelajar yang menganggur meningkat kepada 12.6 peratus tahun lalu, berbanding 9.3 peratus pada 2019 dan 10.5 peratus pada 2018.



Namun, politeknik-politeknik di sini kekal optimis mengenai prospek ekonomi bagi lulusan mereka.



Dalam kenyataan bersama mereka semalam, mereka mengatakan bahawa lulusan politeknik "akan terus dikehendaki industri, meskipun dengan pandemik Covid-19".




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >