Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 90% ruang runcit Jewel Changi Airport sudah dipenuhi

Oct 12, 2018 | 05:30 AM



HAMPIR 90 peratus ruang runcit di Jewel Changi Airport telah dipenuhi menjelang pelancarannya tahun depan.



Sekitar suku daripada kompleks runcit dan gaya hidup Jewel Changi Airport (Jewel) akan mempunyai kedai utama dan jenama yang baru di Singapura, kata ketua penyewaan Jewel, Cik Tan Mui Neo, lapor akhbar The Straits Times.



Ini termasuk Pokemon Centre Singapore - satu-satunya kedai runcit tetap bagi francais permainan popular di luar Jepun - yang akan menawarkan barangan, seperti permainan yang hanya ditawarkan di Jewel.



Ini menyusuli hasil positif daripada satu acara Pokemon di Lapangan Terbang Changi pada 2016, yang membantu mempromosikan jenama itu di seluruh rantau, kata pegawai korporat The Pokemon Company, Encik Susumu Fukunaga.



Cik Tan juga mengesahkan pembukaan semula rangkaian makanan segera A&W di Singapura selepas ia ditutup pada 2003 di samping restoran Amerika Syarikat, Shake Shack, yang pertama di Singapura.



"Menu makanan kami adalah yang pertama di Asia, ia akan menggabungkan produk paling laris daripada restoran A&W di serata dunia, mencerminkan lokasi Jewel sebagai hab antarabangsa," ujar Encik Kelvin Tan, pengarah pemasaran dan komunikasi A Great American Brand International, syarikat induk A&W.



Antara menunya ialah burger krim keju dari Jepun dan ayam beraroma dari Indonesia.



Syarikat pakaian sukan gergasi, Nike, juga akan mempunyai kedai seluas 1,000 meter persegi, cawangan terbesar di Asia Tenggara.



Dengan matlamat mengetengahkan jenama setempat kepada pasaran antarabangsa, sekitar 45 peratus peruncit adalah dari Singapura, menurut ketua eksekutif Jewel, Cik Hung Jean.



Rangkaian restoran setempat, Collin's akan menampilkan restoran halalnya yang pertama.



Diberi nama El Fuego by Collin's, ia akan dikendalikan oleh Cef Koh Han Jie, warga Singapura yang pertama memenangi pertandingan Bakat Muda Escoffier Asia.



Cik Hung menjelaskan para penyewa yang berpelbagai itu telah dirancangkan dengan penuh teliti, sejajar dengan wawasan Jewel menjadi destinasi unik.



"Kami berharap untuk menampilkan Singapura kepada dunia, menempatkannya sebagai satu wadah yang membolehkan jenama setempat didedahkan kepada pasaran antarabangsa dan pada masa yang sama, membawa jenama global baru dan dikenali ke Singapura," tambah beliau.



Sementara tarikh pembukaan Jewel belum didedahan secara rasmi, The Straits Times melaporkan yang ia akan dibuka akhir Mac tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >