Hampir 900 tempat kerja telah diperiksa dan 10 syarikat didenda sejak April lalu kerana melanggar peraturan langkah pengurusan selamat Covid-19. Dalam posnya di Facebook Sabtu (24 April), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata apabila kes masyarakat Covid-19 berlaku, MOM melaksanakan pemeriksaan di beberapa tempat kerja bagi menangani jangkitan. Mereka mendapati bahawa tempat kerja yang menyebabkan kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat baru-baru ini menunjukkan beberapa kesalahan dilakukan. Ini termasuk kegagalan mempunyai tempat yang jelas bagi jarak selamat, pegawai pengurusan keselamatan, ketiadaan pemeriksaan suhu badan yang dibuat secara tetap serta pengawalan pekerja dan pelawat. MOM berkata ia akan mengarahkan tempat kerja itu untuk ditutup kerana gagal memenuhi peraturan.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Hampir 900 tempat kerja diperiksa, 10 didenda kerana gagal patuhi peraturan selamat Covid-19: MOM
Apr 24, 2021 | 12:38 PM