Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir sejuta dolar diagih kepada 1,000 pekerja pembersihan

Apr 27, 2021 | 05:30 AM



Keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan baru serta sikap terbuka untuk menimba ilmu serta pengalaman berbeza membentuk ciri-ciri pekerja 4.0 yang diperlukan dalam masa sekarang. BERITA HARIAN meninjau pengalaman beberapa individu yang akan diiktiraf dalam Anugerah Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).




SEPANJANG lebih setahun yang lalu, peranan pekerja pembersihan menjadi lebih penting dalam memastikan kebersihan tempat-tempat awam terjamin.



Malah, ramai di kalangan mereka yang menjalankan tugas dengan penuh komitmen tanpa mengeluh meskipun perlu melaksanakan tanggungjawab tambahan di tengah-tengah pandemik ini.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cleaning Express Pte Ltd (ATALIAN Global Services Singapore), Encik Abdul Aziz Yusof, akur bahawa perkhidmatan pembersihan kian menjadi satu khidmat yang utama.



Bahkan, menurut beliau, pekerjanya perlu membersihkan persekitaran dengan lebih kerap dalam masa sehari, dan kadang-kala, melakukan tugas mereka selang beberapa jam.



"Mereka juga harus memikul peranan dan prosedur tambahan yang melibatkan pembersihan dan pembasmian kuman menggunakan pelbagai jenis bahan kimia.



"Dengan erti kata lain, mereka pasti terpaksa bekerja dua kali ganda lebih keras dan berjam-jam lebih lama.



"Saya secara peribadi menyanjung daya ketahanan dan ketekunan mereka sepanjang tempoh ini," kata Encik Aziz, yang turut mengutamakan kebajikan para pekerjanya.



Justeru, melihat semangat dan dedikasi yang ditunjukkan para pekerja pembersihannya, Encik Aziz mengambil keputusan untuk mengiktiraf usaha mereka dengan memberi insentif kewangan - sesuatu yang jarang dilakukan syarikat pembersihan lain.



"Para pekerja pembersihan kami akan tetap menjadi tulang belakang perniagaan kami.



"Oleh itu, menghargai mereka menerusi ganjaran merupakan satu kebiasaan bagi syarikat kami.



"Apabila diberi peluang, saya akan mengadakan acara penghargaan untuk mereka, dan sejak kebelakangan ini, kami merasakan sebagai sebuah syarikat, mereka benar-benar berhak mendapat pakej insentif kewangan yang istimewa," kata, Encik Aziz.



Hampir sejuta dolar telah diperuntukkan bagi pakej insentif ini yang akan dibahagikan kepada sekitar 1,000 pekerja pembersihan yang membantu menyokong operasi syarikat tersebut - yang turut termasuk pekerja sambilan.



Bayaran tersebut akan dibahagikan kepada tiga bahagian - dengan pembayaran pertama diberikan kepada pekerja pada Disember lalu.



Pembayaran kedua akan diagihkan bulan depan, sempena Hari Buruh, sementara pembayaran terakhir akan diberikan ketika menyambut Hari Kebangsaan Ogos nanti.



Selain menyediakan pakej insentif untuk para pekerjanya sendiri, Encik Aziz tidak melupakan pekerja barisan hadapan yang sering bersedia membantu negara memerangi wabak koronavirus yang melanda dunia.



Sejumlah $5,000 akan diperuntukkan untuk Dana Penjagaan NTUC (Covid-19) yang akan diberikan sewaktu Hari Buruh nanti.



Encik Aziz, yang dikenali dengan sumbangan serta sokongan beliau terhadap Kesatuan Pekerja Binaan Bangunan dan Perusahaan Balak (Batu), bakal diiktiraf dalam Anugerah Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Beliau menerima Pingat Pujian yang diberikan kepada kakitangan pengurusan yang menjalankan tugas dengan pendekatan positif terhadap hubungan perusahaan.



Mengulas, beliau berkata:



"Saya rasa berbesar hati dengan pengiktirafan ini, dan pengiktirafan ini saya dedikasikannya kepada seluruh tenaga kerja saya, yang sering memastikan perniagaan kami berjalan lancar meski perlu mengharungi arus perubahan dan cabaran.



"Tanpa mereka, pengiktirafan ini tidak akan dapat dicapai."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >