Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir semua di S'pura dalam program jejak kontak Covid-19, TraceTogether

Jan 20, 2022 | 07:10 PM



HAMPIR semua orang di Singapura kini berada di bawah program jejak kontak Covid-19 kebangsaan TraceTogether, 21 bulan selepas pelancarannya.



Seorang jurucakap Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) memberitahu akhbar The Straits Times pada Rabu (19 Januari) bahawa  hampir semua penduduk Singapura berusia enam tahun ke atas sudah menyertai programnya. Ia bagaimanapun tidak memberi angka yang khusus.



Butiran ini diperolehi meskipun sekitar 3,000 pengguna telah menarik semula pendaftaran mereka daripada program itu tahun lalu. SNDGO berkata ini membentuk sekitar 0.056 peratus daripada pengguna yang berdaftar dengan kes demikian turut termasuk pemegang pas jangka panjang yang telah meninggalkan Singapura serta mereka yang sudah meninggal dunia.



Ia juga termasuk mereka yang memohon untuk tidak menyertainya kerana sebab keselamatan data.



Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan, berkata pada Mei lalu sekitar 1,155 pengguna TraceTogether meminta untuk keluar daripada program itu.



Program TraceTogether yang mengenal pasti individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 menerusi aplikasi yang boleh berfungsi menerusi Bluetooth atau token mula menjadi perbualan ramai setahun yang lalu apabila terdedah datanya mungkin boleh digunakan untuk siasatan jenayah walaupun terdapat jaminan lebih awal bahawa ia hanya digunakan bagi menjejak kontak.



Undang-undang kemudian diperkenalkan bagi mengekang penggunaan data menjejak kontak untuk siasatan tujuh kategori jenayah serius seperti pembunuhan, pengganasan, rogol dan rompakan bersenjata.



Apabila seorang pengguna menarik diri daripada pendaftaran, semua data pendaftaran termasuk kad pengenalan dan nombor telefonnya dimusnahkan daripada pelayan khidmat TraceTogether dalam masa tiga hingga lima hari bertugas.



Ini bererti semua data Bluetooth yang telah ditukar ganti alat milik seorang individu dengan alat lain tidak lagi berkait dengannya.



Diberi jumlah kes koronavirus yang meningkat serta peralihan keseluruhan pada mengubati penyakit sebagai endemik, sesetengah orang bertanya jika TraceTogether dan sistem daftar masuk digital nasional SafeEntry kekal perlu.



Kedua-dua sistem ini kekal penting dalam perjuangan Singapura menentang Covid-19 dengan mereka akan dikekalkan buat masa ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



MOH mengambil strategi menjejak kontak yang menyeluruh dan agresif pada permulaan pandemik sebelum vaksin tersedia agar dapat memperlahankan penularan jangkitan tetapi pendekatan ini telah beralih melihat pada vaksinasi tahap tinggi Singapura.



Ia kini menggunakan alat digital untuk melaksanakan proses jejak kontak secara automatik bagi kebanyakan kes dan fokus secara mendalam pada usia jejak kontak dan sumber untuk mencegah dan mengawal penularan dalam keadaan berisiko tinggi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >