Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Hampir semua penduduk S'pura termasuk dalam program TraceTogether

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR semua penduduk di Singapura kini termasuk di dalam program pengesanan kontak Covid-19 negara TraceTogether, 21 bulan setelah ia dilancarkan.



Jurucakap Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) memberitahu The Straits Times pada hari Rabu bahawa hampir semua penduduk Singapura yang berumur enam tahun ke atas menyertai program itu. Ia tidak memberikan jumlah tertentu.



Ini berlaku walaupun kira-kira 3,000 pengguna telah membatalkan pendaftaran daripada program itu tahun lepas. SNDGO berkata bahawa ini membentuk 0.056 peratus pengguna berdaftar, dan kes sedemikian termasuk pemegang pas jangka panjang yang telah meninggalkan Singapura serta mereka yang telah meninggal dunia.



Ia juga termasuk mereka yang telah meminta untuk menarik diri daripadanya atas sebab keselamatan data.



Berikutan itu, Menteri bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Encik Vivian Balakrishnan, berkata Mei lalu bahawa 1,155 pengguna TraceTogether telah meminta untuk menarik diri daripada program itu.



Program TraceTogether, yang mengenal pasti orang yang berhubung rapat dengan pesakit Covid-19 melalui aplikasi atau token yang didayakan Bluetooth, menjadi tumpuan setahun yang lalu apabila ia didedahkan bahawa datanya boleh digunakan untuk penyiasatan jenayah, walaupun jaminan awal telah diberikan ia hanya digunakan semata-mata untuk pengesanan kontak.



Perundangan kemudiannya digubal untuk menyekat penggunaan data pengesanan kontak kepada penyiasatan tujuh kategori jenayah berat seperti pembunuhan, keganasan, rogol dan rompakan bersenjata.



Apabila pengguna membatalkan pendaftaran, semua data pendaftaran, termasuk NRIC dan nombor hubungannya, dipadamkan daripada 'server' TraceTogether dalam masa tiga hingga lima hari bekerja.



Ini bermakna semua data Bluetooth yang telah diterima oleh peranti seseorang dengan peranti lain tidak akan dikaitkan dengannya lagi.



Memandangkan peningkatan jumlah kes koronavirus dan peralihan keseluruhan rawatan penyakit itu dianggap sebagai endemik, ada yang mempersoalkan sama ada TraceTogether dan sistem daftar masuk digital nasional SafeEntry masih diperlukan.



Kedua-dua sistem ini kekal penting dalam perjuangan Singapura menentang Covid-19, dan ia akan dikekalkan buat masa ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >