Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Hampir semua permohonan masuk anggota keluarga asing rakyat S'pura dan PR dilulus: Faishal

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR kesemua permohonan bagi kemasukan ahli keluarga asing rakyat Singapura (SC) dan penduduk tetap (PR) telah diluluskan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dari 1 April tahun lalu hingga 31 Januari, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memproses 18,600 permohonan tersebut.



Hanya 3 peratus pemohonan itu telah ditolak disebabkan ia tidak dapat memberikan bukti hubungan SC atau PR.



Dr Faishal memberikan perincian tersebut ketika menjawab soalan yang diajukan Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) tentang jumlah rakyat Singapura dan penduduk tetap yang telah membuat rayuan untuk ahli keluarga dan tanggungan untuk memasuki Singapura.



"Untuk menguruskan risiko pengimportan Covid-19 ke Singapura, semua pelawat asing, termasuk anggota keluarga rakyat Singapura dan penduduk tetap, diminta untuk mendapatkan persetujuan terlebih dahulu sebelum memasuki Singapura," kata Dr Faishal di Parlimen semalam.



Menjawab pertanyaan Encik Gan mengenai jumlah mereka yang membuat rayuan pengecualian kos penginapan kemudahan khusus Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) untuk saudara-mara atau tanggungan mereka, Dr Faishal berkata "semua rayuan untuk pengecualian kos dinilai berdasarkan kes demi kes".



"Pelawat asing yang memasuki Singapura diminta membayar kos ujian swab Covid-19 mereka dan menginap di kemudahan SHN khusus, jika diperlukan," kata beliau.



Dari 1 April 2020 hingga 31 Januari 2021, ICA telah memproses 371 rayuan untuk pengecualian kos bagi penginapan SHN atau ujian swab Covid-19 untuk ahli keluarga SC dan PR.



Sekitar 60 peratus rayuan yang dibuat telah diluluskan sementara selebihnya tidak diluluskan atau ditarik balik.




"Untuk menguruskan risiko pengimportan Covid-19 ke Singapura, semua pelawat asing, termasuk anggota keluarga rakyat Singapura dan penduduk tetap, diminta untuk mendapatkan persetujuan terlebih dahulu sebelum memasuki Singapura...

Pelawat asing yang memasuki Singapura diminta membayar kos ujian swab Covid-19 mereka dan menginap di kemudahan SHN khusus, jika diperlukan."

- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >