Hampir semua pertubuhan di S'pura alami hampir 4 serangan siber tahun lalu
Apr 03, 2019 | 05:30 AM
HAMPIR semua pertubuhan dan perniagaan di Singapura pernah mengalami hampir empat serangan siber tahun lalu, menurut satu tinjauan.
Daripada sekitar 250 pemimpin syarikat dan eksekutif yang ditinjau, hanya empat peratus berkata pertubuhan mereka tidak pernah diserang, kata penyedia khidmat keselamatan siber privet Carbon Black.