Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir separuh pekerja hantar makan Grab mohon geran tukar alat mobiliti

NTUC bangun program baru latih pekerja mengenai keselamatan jalan raya, antara lain
Dec 11, 2019 | 03:15 PM



HAMPIR setengah daripada pekerja penghantaran makanan Grab yang terjejas dengan larangan alat mobiliti peribadi (PMD) telah memohon geran pemerintah untuk menukar kepada alat lain sejauh ini, lebih sebulan sejak larangan itu berkuatkuasa.



Golongan yang terjejas ini, termasuk pekerja daripada syarikat lain, juga kini boleh menjalani satu program latihan baru, antara lain mengenai keselamatan dan kod tatalaku semasa menunggang di jalan raya.



Ini diumumkan dalam satu sidang akhbar oleh Grab Singapore, dan turut dihadiri wakil Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), di The Grassroots’ Club di Ang Mo Kio pagi tadi (Rabu, 11 Dis).



Ketua Pengangkutan, Grab Singapore, Encik Andrew Chan, berkata lebih 45 peratus daripada pekerja penghantaran makanan Grab yang terjejas dengan larangan PMD itu telah memohon bagi skim Geran Tukar Beli e-skuter (eTG) oleh pemerintah.



Skim eTG itu menyediakan geran sebanyak $1,000 bagi setiap pekerja penghantaran makanan yang menukar e-skuter mereka kepada basikal yang menggunakan kuasa (PAB) atau alat bantuan mobiliti peribadi (PMA), dan sebanyak $600 bagi mereka yang menukar kepada basikal.



Dilaporkan sebelum ini terdapat 7,000 pekerja penghantaran makanan yang menggunakan PMD, dan kebanyakannya merupakan penunggang GrabFood.



Sementara itu, pekerja penghantaran makanan kini boleh menjalani program latihan ‘Delivery Rider Kit’ oleh NTUC, merangkumi lima kursus yang meliputi topik berkenaan keselamatan, kemahiran digital dan perkhidmatan, antara lain.



Salah satu kursus itu adalah berkenaan keselamatan menunggang basikal menggunakan kuasa (PAB).



Pekerja penghantaran makanan Grab yang selesai menjalani kursus itu akan menerima ‘topi keledar’ bijak oleh syarikat Lumos secara percuma.



Topi berharga AS$180 ($245) itu mempunyai lampu isyarat yang membolehkan penunggang basikal menunggang dengan selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >