Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir separuh pengguna rumah tukar ke peruncit lepas pasaran elektrik dibuka

Hanya 28% pelanggan perbaharui kontrak dengan peruncit asal, berbanding 49% sebelum ini
May 08, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR separuh pengguna elektrik di rumah kini membeli elektrik daripada peruncit sejak pasaran elektrik di sini dibuka dua tahun lalu, kata Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).



Buat masa ini, sekitar 49 peratus pengguna elektrik di rumah membeli elektrik daripada peruncit, dengan 43 peratus melanggan pelan harga tetap dan 5 peratus membeli pelan tarif berdiskaun.



Di bawah pelan harga tetap, pelanggan membayar harga tetap sepanjang tempoh kontrak, contohnya, 20 sen setiap kiloWatt-jam.



Di bawah pelan tarif berdiskaun pula, pelanggan membayar harga berdasarkan diskaun tetap ke atas tarif sepanjang tempoh kontrak.



Pasaran Elektrik Terbuka (OEM), yang membolehkan pelanggan memilih penyedia elektrik, dilancarkan secara bertahap antara November 2018 dengan Mei 2019. Sebelum itu, SP Group satu-satunya pembekal elektrik kepada isi rumah di sini.



Antara 12 peruncit di sini, Keppel Electric mempunyai paling ramai pelanggan pada masa ini, sekitar 22 peratus pasaran pengguna di rumah.



Ini diikuti Geneco, yang dilanggani sekitar 20 peratus pengguna di rumah, dan Tuas Power (15 peratus).



EMA juga mengeluarkan dapatan Tinjauan Kepuasan Pelanggan (CSS) yang dijalankannya. Ia menunjukkan pelanggan kian bersikap memilih dan giat mencari pelan lebih baik dan bukan setakat memperbaharui pelan yang dilanggani secara automatik.



Tinjauan itu, yang melibatkan lebih 2,500 isi rumah, menunjukkan hanya 28 peratus pelanggan memperbaharui kontrak dengan peruncit asal, berkurangan daripada 49 peratus yang berbuat demikian dalam tinjauan terakhir pada Oktober tahun lalu.



Sembilan daripada 10 isi rumah juga membandingkan pelan yang ditawarkan peruncit berbeza sebelum berpindah ke peruncit lain.



Ini berbanding 60 peratus yang berbuat demikian apabila memperbaharui pelan dengan peruncit asal.



Ketua Eksekutif EMA Ngiam Shih Chun berkata: "Kami menggalak pengguna membandingkan harga pelan yang ditawarkan peruncit dan rating mereka, sebelum membeli pelan baru atau memperbaharui kontrak supaya mendapat tawaran paling sesuai dengan keperluan mereka.



Ini boleh dilakukan dalam talian, tambah beliau.



Daripada 90 peratus pelanggan yang membandingkan harga pelan yang ditawar peruncit berbeza sebelum berpindah ke pelan lain, 73 peratus menggunakan laman web yang membandingkan harga pelan berbeza sebagai wadah utama untuk membuat perbandingan itu.



Sekitar 96 peratus isi rumah dalam tinjauan itu pula berkata proses berpindah ke peruncit baru atau memperbaharui pelan adalah mudah.



Peniaga Anthony Tan, yang beralih daripada Keppel Electric ke Senoko Energy pada Mac lalu, berkata proses peralihan selesa.



Perubahan itu membolehkan beliau menjimatkan sekurang-kurangnya $2 sebulan, selain mendapat rebat tambahan $50 yang diterimanya menerusi tawaran promosi.



Encik Tan, 60 tahun, berkata beliau mendapat tahu mengenai harga pelan Senoko Energy menerusi iklan.



"Dikira secara bulanan, penjimatan mungkin tidak seberapa, tetapi apabila kita ambil kira tempoh kontrak dua tahun, ia agak lumayan," ujar Encik Tan.



Tinjauan itu juga mendapati lebih banyak peruncit menerima rating kepuasan tinggi daripada pelanggan, berdasarkan sistem rating yang memperuntuk lima bintang sebagai tahap kepuasan tertinggi.



Enam peruncit menerima rating 4.5 bintang dan ke atas, lebih banyak daripada empat peruncit setahun lalu.



Hanya satu peruncit, Sunseap Energy, menerita rating lima bintang.



EMA berkata rating itu boleh ditemui di laman OEM dan dikemas kini setiap enam bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >