Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK ASIA TECH X SINGAPURA (ATxSG)

Hampir separuh portfolio sejagat CapitaLand Investment diiktiraf bangunan hijau

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT CapitaLand Investment (CLI) telah mencapai pensijilan bangunan hijau bagi 48 peratus portfolio sejagatnya berdasarkan meter persegi, menurut Laporan Kemampanan Global 2021 yang dikeluarkannya semalam.



Di Singapura, 67 peratus hartanah CLI mendapat pensijilan hijau, dengan 20 bangunannya diberikan pengiktirafan Platinum Tanda Hijau Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).



Pengurus pelaburan hartanah itu juga melaporkan bahawa mereka dapat mengelakkan kos utiliti sebanyak $320 juta sejak 2009 dengan mengurangkan pengeluaran karbon, tenaga dan penggunaan air.



Mereka dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 52 peratus dan penggunaan tenaga sebanyak 43 peratus bagi setiap meter persegi.



Ini melebihi sasaran Pelan Induk Kemampanan 2030 masing-masing sebanyak 7 dan 8 mata peratusan.



Pengeluaran karbon juga turun sebanyak 54 peratus.



Menurut CLI, mereka juga merancang mencapai sifar karbon menjelang 2050.



Untuk mencapai matlamat ini, mereka ingin mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau skop 1 dan 2 sebanyak 46 peratus berbanding 2019 menjelang 2030.



Ini lebih tinggi berbanding kadar pengurangan sebanyak 28 peratus yang dirancang sebelum ini.



Komitmen sifar karbon ini adalah di samping sasaran kemampanan lain yang digariskan dalam Pelan Induk Kemampanan 2030 yang dikeluarkan CLI pada Oktober 2020.



Sasaran ini termasuk mempercepatkan peralihannya ke arah perniagaan rendah karbon, meningkatkan daya tahan dan penjimatan air serta mengupayakan ekonomi kitaran.



Malah memandang ke hadapan, CLI akan antara lain mengkaji usaha mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan kecekapan tenaga menerusi rekaan bangunan dan huraian kejuruteraan.



Mereka juga akan mengkaji usaha mempergiat pengerahan dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui jika boleh serta membeli kuasa hijau dan menggunakan sijil tenaga yang boleh diperbaharui hanya sebagai langkah terakhir.



Tahun lalu, kumpulan syarikat itu berkata mereka telah meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharuinya kepada sekitar 4.3 peratus, atau 47,800 megawatt jam, daripada elektrik yang digunakan secara keseluruhan.



Ini dapat mengurangkan sekitar 28,960 tan karbon yang dikeluarkan, atau hampir sama dengan jumlah elektrik yang digunakan 10,608 isi rumah setahun.



Tambahnya, CLI juga merancang menggunakan lebih banyak elektrik daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui kepada 35 peratus menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >