Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya 5 orang dibenar bagi perhimpunan sosial

Ini antara aturan baru yang dikuat kuasa dari 8 hingga 30 Mei ekoran kes jangkitan Covid-19 naik
May 05, 2021 | 05:30 AM



PERATURAN bagi perhimpunan sosial akan diperketat sekurang-kurangnya tiga minggu mulai Sabtu ini, sedang Singapura berusaha mengekang penularan Covid-19 menyusuli lonjakan kes dalam masyarakat.



Hanya lima orang akan dibenar berkumpul secara sosial berbanding lapan orang pada masa ini, dengan sekatan serupa turut dikenakan terhadap isi rumah, yang hanya dibenar menerima lima pengunjung berbeza dalam sehari.



Lebih ramai orang pula diminta bekerja dari rumah, dengan majikan diminta memastikan hanya 50 peratus pekerja kembali ke tempat kerja pada satu masa, berbanding 75 peratus pada masa ini. Majikan juga diminta melaksana waktu permulaan kerja fleksibel dan mengelak mengadakan perhimpunan sosial di pejabat, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya semalam.



Langkah itu akan berkuat kuasa hingga 30 Mei. Sementara itu, tempat berisiko tinggi seperti gim dan studio kesihatan akan ditutup bagi tempoh tiga minggu itu.



Jumlah pengunjung ke majlis penikahan dan majlis kematian atau pengebumian juga dikurangkan, dan acara ibadah beramai-ramai juga akan dikawal dengan lebih ketat dengan peserta perlu menjalani ujian Covid-19 jika jumlah melebihi 100 orang pada satu-satu masa.



Mengumumkan perubahan ini semalam, Menteri Pendidikan Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19, berkata beliau sedar langkah yang lebih ketat itu akan menyukarkan keadaan, terutama sekali semasa tempoh perayaan akan datang.



"...Hari Raya akan tiba minggu depan, Hari Vesak juga akan datang pada akhir bulan Mei. Jadi saya sedar bahawa ini akan menyukarkan orang ramai tapi saya harap semua orang faham kenapa kita perlu menguatkuasakan langkah yang lebih ketat ini," kata Encik Wong.



Langkah lebih ketat itu bermakna Singapura akan kembali ke Fasa Dua pembukaannya, tetapi Encik Wong menekankan bahawa ia bukan pemutus litar.



"Ini bukan tempoh pemutus litar dan kami tentunya berharap tidak perlu menguatkuasakan satu lagi tempoh pemutus litar. Tapi kami perlu memperkenal langkah yang ketat untuk bertindak pantas dan awal terhadap kelompok jangkitan terkini serta lakukan yang terbaik untuk menghentikannya dan mengelakkan daripada langkah yang lebih drastik akan datang," ujarnya.



Namun, ini tidak bermakna tempoh pemutus litar tidak akan dikuat kuasa sama sekali, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.



Ditanya sama ada beliau harus menangguh tarikh pengunduran daripada MTF memandangkan kes Covid-19 dalam masyarakat sedang melonjak, Encik Gan berkata pemergiannya ke Kementerian Perdagangan dan Perusahaan pada 15 Mei tidak bemakna beliau tidak akan terus bekerjasama dengan pasukan bertindak itu.



Encik Gan akan terus mengetuai bersama MTF walaupun selepas berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.



Ini bererti akan ada tiga ketua bersama mulai 15 Mei, apabila Menteri Kesihatan baru Encik Ong Ye Kung mengambil peranan sebagai pengerusi bersama MTF. Encik Wong, yang akan menjadi Menteri Kewangan seterusnya, kekal sebagai pengerusi bersama.



"Saya telah berbincang dengan Encik Wong dan Encik Ong, tentang cara memastikan kesinambungan usaha ini.



"Kami bertiga akan terus terlibat dalam MTF, untuk berkongsi dan menyokong satu sama lain. Saya akan terus bekerjasama dengan dua pengerusi bersama ini untuk memastikan kesinambungan," katanya.



Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata sekolahnya dari peringkat tadika hingga ke Institut Pengajian Tinggi (IHL) akan melaksanakan langkah yang bertujuan mengurangkan pergaulan pelajar dan mengurangkan kegiatan luar darjah dari 8 Mei hingga 30 Mei. Ini termasuk mengatur tempat duduk berjarak bak dalam peperiksaan di sekolah, mengurangkan saiz kumpulan daripada lapan kepda lima, mengehadkan kegiatan kepada 50 orang dan menggantung kegiatan di tempat awam. Baki pertandingan Sukan Sekolah Nasional (NSG) juga akan digantung.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >