Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya 6% sisa bahan elektronik dikitar semula oleh pengguna

Jan 20, 2018 | 05:30 AM



SETIAP orang di Singapura menjana 11 kilogram sisa elektrik dan elektronik setiap tahun - bersamaan dengan 73 telefon bimbit - tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadapnya.



Akibatnya, hanya 6 peratus daripada 60,000 tan komputer, televisyen, mesin basuh dan peralatan elektronik lain yang dikitar semula oleh pengguna, lapor akhbar The Straits Times.



Ini berdasarkan tinjauan pengguna yang dikeluarkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam.



Angka tersebut adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Sweden dan Denmark, yang mempunyai sistem pelupusan barangan sedemikian.



Perangkaan Eurostat, yang diterbitkan Suruhanjaya Eropah, menunjukkan bahawa Sweden mengitar semula sekitar 52 peratus daripada sisa buangan elektronik atau e-waste pada 2015, manakala Denmark mengitar semula 43 peratus.



Tinjauan NEA itu, yang merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan dari April 2016 hingga Oktober 2017, bertujuan mengenal pasti cabaran dalam pengurusan e-waste Singapura dan membangunkan sistem komprehensif untuk menanganinya.



NEA berserta Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) sedang mendapatkan pandangan pihak-pihak berkepentingan dalam industri untuk menghasilkan sistem pengurusan e-waste di sini.



Mereka akan meluaskan perbincangan dengan melibatkan orang ramai bulan depan.



NEA berkata sistem kawal selia diperlukan untuk memastikan pengguna disediakan dengan cara yang mudah untuk mengitar semula e-waste mereka, dan e-waste yang dikumpul disalurkan kepada logi kitar semula yang mematuhi piawaian keselamatan dan alam sekitar.



E-waste mengandungi sejumlah kecil bahan berbahaya, seperti merkuri, yang boleh mencemarkan alam sekitar jika ditangani secara tidak wajar.



Tetapi, bahan-bahan tersebut juga mengandungi komponen logam yang boleh diekstrak dan digunakan semula.



Bagaimanapun, di Singapura, kebanyakan orang membuang barang-barang tersebut ke dalam tong sampah (26 peratus), atau mendapatkan pekerja untuk mengangkut peralatan elektrik dan elektronik yang lebih besar seperti peti sejuk, mesin basuh dan televisyen (35 peratus) - yang membentuk sebahagian besar daripada e-waste.



Barang-barang yang dibuang di sini berakhir di tangan peniaga skrap dan karung guni yang tidak mempunyai kemahiran untuk mengitar semula barangan tersebut.



Justeru hanya komponen bernilai tinggi seperti tembaga, keluli dan logam berharga dikitar semula.



 



* Artikel ini telah disemak untuk menambah ketepatannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >