Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya 6% sisa bahan elektronik dikitar semula di S'pura oleh pengguna

Jan 19, 2018 | 04:14 PM



SETIAP orang di Singapura menjana 11 kilogram sisa elektrik dan elektronik setiap tahun - bersamaan dengan 73 telefon bimbit - tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadapnya.



Akibatnya, hanya 6 peratus daripada 60,000 tan komputer, televisyen, mesin basuh dan peralatan elektronik lain yang dikitar semula oleh pengguna.



Ini berdasarkan tinjauan pengguna yang dikeluarkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini.



Angka tersebut adalah jauh lebih rendah daripada negara seperti Sweden dan Denmark, yang mempunyai sistem pelupusan barang sedemikian.



Perangkaan Eurostat, yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Eropah, menunjukkan bahawa Sweden mengitar semula sekitar 52 peratus daripada sisa buangan elektronik atau e-waste pada 2015, manakala Denmark mengitar semula 43 peratus.



Tinjauan NEA itu, yang merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan dari April 2016 hingga Oktober 2017, bertujuan mengenal pasti cabaran dalam pengurusan e-waste Singapura dan membangunkan sistem yang komprehensif bagi menanganinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >