Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya panggilan video penyambung kasih

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



KELUAR masuk Singapura dan Malaysia merupakan rutin seharian Encik Mohamad Zulkarnain Musa sejak beliau mula bekerja di sini pada 2010.



Namun, sudah lebih setahun sejak rutin tersebut tidak dilakukan lagi sejak pandemik Covid-19 melanda, mengakibatkan penutupan sempadan dan lockdown.



Bahkan, sudah berbulan Encik Zulkarnain, 33 tahun, tidak dapat bertemu dengan isteri dan anak-anaknya yang berada di Johor Bahru.



"Memang sedih lah, waktu keluar rumah dulu, anak saya yang bongsu belum pandai cakap apa-apa lagi, bila terjadi macam ni, kita selalu buat panggilan video, dia dah pandai cakap 'daddy'," kata bapa tiga anak yang berusia antara dua tahun enam bulan dengan 10 tahun itu.



Encik Zulkarnain, yang bekerja dalam industri marin, minyak dan gas di sini sudah mendapat suntikan kedua-dua dos vaksin Covid-19 nya Februari lepas dan perlu menjalani ujian swab setiap tujuh hari.



Pada September tahun lalu, setelah hampir setengah tahun berjauhan daripada keluarga, beliau mengambil keputusan pulang ke Malaysia selama sebulan untuk meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak tersayang.



Ini dapat dilakukan menerusi skim Peraturan Ulang-Alik Berkala (PCA) yang membolehkan penduduk Malaysia dan Singapura yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan kerja di negara berkenaan memasuki negara tersebut bagi urusan kerja.



Semua kos yang terlibat ditanggungnya sendiri.



"Waktu itu, kuarantin hanya tujuh hari, kita pun boleh pilih hotel sendiri, jadi kita ada kelonggaran pilih hotel bajet yang lebih murah.



"Sekarang, kuarantin 21 hari, kita tak mampu, itu sebabnya ramai (warga Malaysia) yang tak sanggup balik sebab tak mampu," ujar beliau.



Merujuk maklumat yang disediakan di laman Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Encik Zulkarnain menjelaskan bahawa kos menetap di Kemudahan Khusus Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) (SDF) selama 21 hari bagi seorang dewasa dianggarkan berjumlah $3,000, belum termasuk kos melakukan ujian swab reaksi rantai polimerase (PCR) yang sekitar $160.



Setibanya di Singapura, pengunjung di bawah skim PCA perlu menjalani ujian PCR di pusat imigresen, diikuti dengan SHN 21 hari, di mana mereka perlu mengambil lagi dua ujian PCR pada hari ke-14 dan ke-21 SHN mereka.



"Jika kita kira, anggaran kosnya lebih dari $3,400 iaitu lebih dari RM10,000," ulasnya, sambil menambah kos tersebut tidak dapat dimampui ramai pekerja di sini dan tidak berbaloi.



Oleh itu, Encik Zulkarnain menyambut baik keputusan kerajaan Malaysia melakukan Perintah Sekatan Pergerakan (PKP) penuh yang berkuat kuasa sehingga 14 Jun ini.



"Memang bagus lockdown sekarang jadi semua orang tak dapat keluar, kita dapat putuskan rantaian jangkitan," jelasnya, positif.



Buat masa ini, beliau hanya mampu meneruskan komunikasi dan mengekalkan hubungan dengan keluarganya di seberang tambak menerusi telefon sahaja.



"Saya sering berbual dengan anak-anak dan isteri agar terus bersabar dan berdoa supaya sempadan dapat cepat dibuka semula," katanya.



Beliau berharap kedua-dua Singapura dan Malaysia dapat mengurangkan jumlah kes jangkitan di negara masing-masing agar seandainya sempadan masih tidak dapat dibuka sepenuhnya, setidak-tidaknya, rancangan laluan hijau boleh diteruskan.



"Dengan Malaysia lockdown, kita harap kes semakin berkurang, bila kes berkurang, kita dah tak jadi negara berisiko tinggi lagi.



"Kita harap kalau sempadan tak boleh buka pun, setidaknya kita dapat kurangkan jumlah hari kuarantin, sekurang-kurangnya dapat juga kita mampui kosnya bila kuarantin tidak sepanjang 21 hari," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >