Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya pengurus jenazah dan 10 anggota keluarga terdekat boleh urus jenazah semasa pemutus litar: Irsyad

Apr 10, 2020 | 05:02 PM

SOLAT dan pengebumian jenazah, haruslah dilaksanakan pengurus jenazah bertauliah dan 10 anggota keluarga terdekat sahaja dalam tempoh pemutus litar ini, kata Pejabat Mufti.


Solat jenazah itu juga hanya boleh dijalankan di dalam rumah dalam tempoh tersebut yang bermula 7 April hingga 4 Mei ini.


Demikian menurut irsyad atau panduan agama yang dikeluarkan Pejabat Mufti  mengenai pelaksanaan solat jenazah semasa langkah lebih ketat dalam tempoh tersebut.


“Oleh kerana pengurusan jenazah merupakan suatu fardhu kifayah, pelaksanaan solat jenazah masih perlu dilaksanakan, namun, dengan penyesuaian demi mengawal penularan Covid-19.


“Secara prinsip, peraturan mengehadkan jumlah orang yang menguruskan jenazah kepada paling minimum (hanya pengurus jenazah dan keluarga terdekat) hendaklah dipatuhi,” kata Pejabat Mufti.


Antara panduannya:


- Segala pengurusan jenazah, termasuk memandikan, mengkafankan, solat jenazah, dan pengkebumian hendaklah hanya dilaksanakan oleh pengurus jenazah bertauliah; dan anggota keluarga yang terdekat tidak melebihi 10 orang.

- Solat jenazah hanya boleh dijalankan di dalam rumah, dengan tidak lebih 10 individu (tidak termasuk petugas pengurusan jenazah), dan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara jemaah bersebelahan dan di antara saf


- Jika Almarhum tidak memiliki ahli keluarga terdekat, ataupun sebelumnya tinggal di rumah tumpangan, pihak pengurusan jenazah perlu menghubungi Masjid Pusara Aman, untuk dilaksanakan solat jenazah di ruang masjid tersebut


- Bagi anggota keluarga yang lain yang tidak dapat menunaikan solat tersebut, mereka boleh menunaikan solat jenazah ghaib.


- Jumlah mereka yang mengiring jenazah ke tanah pengebumian, tidak boleh

melebihi 10 individu daripada ahli keluarga terdekat.


- Pastikan yang menyertai bacaan tahlil hanya terdiri daripada anggota keluarga yang tinggal serumah dengan almarhum. Boleh juga meminta seorang ustaz untuk memimpin acara tahlil tersebut secara persidangan video,


- Ziarah kubur sama sekali tidak dibenarkan. Sebagai ganti, ahli keluarga digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa bagi almarhum di rumah masing-masing.


 Teks penuhnya di: https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Irsyad/Funeral-Prayer-During-Circuit-Breaker-Malay  

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >