Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Hanya perlu pas untuk ke tempat popular

Jun 27, 2022 | 05:30 AM

PEKERJA migran hujung minggu lalu boleh mula mengujungi tempat-tempat popular dengan memohon pas khas sebagai sebahagian daripada kelonggaran sekatan Covid-19.

Berkuatkuasa Jumaat lalu, Pas Tempat-tempat Popular itu membolehkan mereka mengunjungi Chinatown, Jurong East, Little India dan Geylang Serai pada hujung minggu dan hari cuti umum dengan kelulusan bagi permohonan pas-pas tersebut diberikan hampir serta-merta.

Sebelum ini, pekerja migran perlu memohon bagi Pas Keluar sebelum dibenarkan meninggalkan dormitori mereka untuk ke mana-mana destinasi dalam masyarakat.

Inisiatif itu baru diperkenal September lalu sebagai satu program perintis yang membolehkan sehingga 500 pekerja yang divaksin sepenuhnya keluar meninggalkan dormitori mereka setiap minggu.

Sistem Pas Keluar itu dipertingkat secara progresif dan pada April lalu, sehingga 25,000 pekerja dibenarkan keluar pada hari biasa dan 50,000 pada hujung minggu serta cuti umum.

Dalam laporan sebelum ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pemohon bagi Pas Tempat-Tempat Popular itu hanya perlu memberikan tarikh lawatan dan lokasi semasa membuat permohonan menerusi aplikasi SGWorkPass.

"Pas ini sah digunakan bagi sepanjang hari dan akan diluluskan hampir serta merta," kata jurucakap MOM. - Foto BH oleh NG SOR LUAN

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3