SATU lagi kes baru jangkitan Zika disahkan di Singapura sehingga 3 petang semalam, menurut perangkaan terkini daripada laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Ini membawa jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti Zika kepada 384 orang, naik daripada 383 kes yang dilaporkan kelmarin.