Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Hanya seorang dari 10 pencarum masih guna CPF bagi perumahan selepas usia 55 tahun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Hanya seorang dari 10 pencarum masih guna CPF bagi perumahan selepas usia 55 tahun

Jul 08, 2014 | 03:16 PM

MENTERI Tenaga Manusia, Encik Tan Chuan-Jin, berkata hanya seorang daripada 10 pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) masih menggunakan wang CPF untuk melunaskan instalmen rumah bila mereka mencapai usia 55 tahun ke atas.

Manakala seorang daripada 20 pencarum pula mungkin perlu menggunakan wang tunai untuk instalmen itu apabila mencapai usia tersebut.

Bercakap di Parlimen tadi, Encik Tan berkata bagi mereka yang menghadapi kesukaran membayar semula pinjaman rumah, Pemerintah telah melaksanakan dasar fleksibel dalam kes-kes memerlukan perhatian.

Bahkan, pencarum CPF sedemikian telah dibenarkan menggunakan sebahagian simpanan Akaun Persaraannya untuk perumahan, walaupun jika mereka tidak dapat memenuhi keperluan memperuntukkan sebanyak separuh daripada Jumlah Minimum itu dalam bentuk tunai.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3