Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya separuh kereta api LRT Bukit Panjang dapat digunakan

Sep 28, 2016 | 09:23 AM



LRT Bukit Panjang (BPLRT) terpaksa bergerak dengan hanya enam kereta api - separuh daripada bilangan biasa - pada waktu sibuk pagi pada Rabu (28 Sept) disebabkan kerosakan trek yang melumpuhkan 15 kereta api malam sebelumnya.



Dalam satu pos Facebook pada 6.50 pagi Rabu, SMRT berkata kerosakan pada petang Selasa menjejas peranti arus pengumpul kereta api.



Ia menambah bahawa kakitangan kejuruteraan bekerja sepanjang malam untuk menilai dan membetulkan kerosakan itu, dengan siasatan awal mendedahkan sambungan kereta api yang rosak telah menanggalkan peranti tersebut.



Masalah itu menyebabkan kelewatan dari 10 malam pada Selasa hingga ke perkhidmatan berakhir. Kereta api yang rosak kini berada di depot BPLRT di Ten Mile Junction.



"Siasatan berhubung insiden itu masih diteruskan sementara kakitangan kejuruteraan bekerja untuk membaiki 15 kereta api yang rosak. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku," kata SMRT dalam pos Facebook.



Kejadian itu juga membuat perkhidmatan bermula lebih satu jam lewat dari jadual pada Rabu.



Hanya pada 6.40 pagi SMRT mengumumkan perkhidmatan kereta api telah dimulakan. Namun begitu, ia memberi amaran kepada penumpang supaya menjangkakan "perkhidmatan lebih rendah" dan waktu perjalanan lebih lama.



SMRT berkata ia telah menyediakan perkhidmatan bas percuma dan bas sambungan bagi penumpang di sepanjang laluan BPLRT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >