Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL (DARAT) SG-MALAYSIA

Hanya tiga penumpang pertama tiba dari M'sia

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI empat penumpang menaiki bas Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL)(Darat) pertama dari Malaysia pagi semalam, namun hanya tiga yang dapat memasuki Singapura.



Bas pertama yang dikendalikan oleh syarikat bas Malaysia Handal Indah, juga dikenali sebagai Causeway Link, tiba di Terminal Bas Queen Street sekitar 9.48 pagi selepas terdapat sedikit penangguhan.



Cik Renee Looi, yang menaiki bas pertama itu, memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa seorang lelaki tidak dapat menyelesaikan perjalanan kerana ditahan di Kastam Johor Bahru.



"Beliau menaiki bas di Terminal Bas Larkin Sentral tetapi apabila kami tiba di pusat pemeriksaan, beliau dibawa ke tempat lain oleh seorang pegawai," kata Cik Looi.



"Kami menunggu beliau tetapi akhirnya, kami teruskan perjalanan tanpanya"



Cik Looi, 29 tahun, membuat lawatan ke Johor Bahru sekitar tiga minggu lalu untuk melawat bapanya sebelum aturan VTL bermula. Bagaimanapun, beliau terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu di sebuah hotel di sana terlebih dahulu.



Sementara itu, Encik Alex Lee, 40 tahun, merupakan penumpang tunggal bas kedua yang tiba pada 9.51 pagi.



Encik Lee, yang bekerja dalam bidang penjualan, berkata basnya bertolak dari terminal Larkin di Johor Bahru pada 7.30 pagi.



"Terdapat sedikit penangguhan di Kastam JB tetapi saya tidak pasti apa isunya. Saya menunggu di dalam bas selama sekitar 45 minit, tetapi selain daripada itu, ia agak lancar," tambahnya.



Pada sekitar 1.35 tengah hari, bas pertama yang dikendalikan oleh pengendali bas, Transtar Travel, tiba di Pusat Pertukaran Bas Sementara Woodlands, hampir tiga jam selepas ia dijadualkan tiba pada 10.30 pagi.



Sebahagian daripada pusat pertukaran bas itu dikepung supaya penumpang dari Malaysia boleh mengambil Ujian Pantas Antigen (ART) mereka di kawasan yang berasingan sebelum diarahkan ke stesen MRT Woodlands.



Juruteknik, Encik Tan Kim Weng, seorang penduduk tetap Singapura, sedang menunggu di terminal bas bagi menyambut dua anak lelakinya, berusia antara 12 dan 17 tahun, selepas terpisah hampir dua tahun. Isterinya terpaksa kekal di Johor Bahru kerana tidak dapat tiket.



Lelaki berusia 50 tahun itu berkata: "Sebelum Covid-19, saya selalu balik setiap minggu untuk bertemu mereka... Saya agak sunyi di Singapura tanpa keluarga. Malam ini, kami akan makan malam bersama-sama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >