Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harapan agar budaya, warisan makanan tradisional tidak pupus

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



Budaya penjaja Singapura telah mendapat pengiktirafan Unesco dua tahun lalu. Menjelang Hari Kebangsaan, BERITA HARIAN akan paparkan beberapa siri laporan setiap minggu mengenai penjaja kegemaran Singapura untuk meraikan budaya penjaja Singapura. Dalam siri ketiga ini, BH menemu bual dua penjaja Pusat Makanan Adam's Road tentang cara mereka membantu mengekalkan budaya penjaja supaya berdaya tahan dan relevan melalui usaha mereka menjadi mentor kepada penjaja.




WALAUPUN mi soto dan mi rebus yang dijualnya begitu popular sehinggakan beliau diundang untuk Hari Singapura di luar negara sebelum pandemik Covid-19, mengatasi cabaran sebagai seorang penjaja tetap menjadi sebahagian daripada kehidupan hariannya.



Namun, Encik Sumadi Supari,54 tahun, pemilik Selamat Datang Warong Pak Sapari Mee Soto dan Mee Rebus di Pusat Makanan Adam Road berasa bangga menjadi sebahagian daripada budaya penjaja dan berharap budaya itu dan warisan makanan tradisional tidak akan pupus.



Menurut Encik Sumadi, mengharungi cabaran sebagai seorang penjaja sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupannya.



"Daripada mula saya berniaga saya harus mencekalkan hati untuk terus berusaha dan bekerja keras bagi meneruskan legasi gerai yang ditubuhkan oleh datuk saya dari tahun 1973.



"Namun, saya seringkali mengambil nasihat ibu bapa saya untuk sentiasa bersabar dan menerima sahaja maklum balas dari para pelanggan, mengimbangkan dengan maklum balas yang lain dan seringkali bersikap ingin memperbaiki lagi resipi saya supaya sentiasa kekal relevan," ujar beliau yang pernah menjelajah ke Indonesia bersama bapanya selama sebulan untuk mendapatkan inspirasi bagi resipi mereka.



Sebagai anak sulung, Encik Sumadi telah berhenti kerja sebagai jurutera telekomunikasi pada 2014 untuk mengambil alih gerai penjaja ibu bapanya apabila mereka jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia.



"Melakukan perniagaan ini pada mulanya bukanlah satu impian saya namun saya rasa ia adalah tanggungjawab saya untuk memenuhi impian ibu bapa supaya legasi mereka kekal dan berjaya," kata beliau yang mula mengembangkan perniagaannya dengan membuat dan menjual pes mi soto dan mi rebusnya pada 2015 supaya resipinya berkekalan dan dapat dinikmati orang ramai.



Beliau kini aktif melibatkan diri sebagai mentor bagi Hawkers Collective untuk membimbing para penjaja yang bercita-cita seperti Cik Marliya Munawar, 55 tahun, seorang suri rumah yang telah membuka francais gerai Encik Sumadi di Pusat Makanan Old Airport Road yang diberi nama Mee Shiok! Mei lalu.



Cik Marliya dan suami sudah lama berkeinginan untuk membuka sebuah perniagaan keluarga dan 20 tahun dahulu dan antara cabaran awal mereka hadapi adalah mendapatkan pekerja kerana mereka akur anak muda generasi kini kurang berminat bekerja di pusat penjaja.



"Encik Sumadi telah banyak memberi sokongan dan membantu kami dengan berkongsi kepakaran beliau dalam mengelolakan gerai, penyediaan makanan, perolehan peralatan dan teknik memasak dan beliau sentiasa boleh dihubungi jika kami memerlukan nasihat dan ini amat berguna untuk kami sebagai penjaja baru.



"Melalui program ini kita pun dapat memahami tentang peraturan dan keperluan bagaimana untuk membuka sebuah gerai,"jelas Cik Marliya yang merancang untuk meningkatkan usaha pemasaran gerainya menjelang Oktober ini.



Bagi Encik Sumadi pula, beliau mengalu-alukan usaha program ini dan berharap ia akan mengekalkan lagi budaya penjaja di Singapura pada masa hadapan.



"Saya berasa agak bimbang juga kerana generasi muda kini kurang mengetahui makanan tradisional mereka dan apabila ditanya mengenai makanan seperti mi soto, mereka kurang pasti atau kurang berminat untuk memakannya.



"Mereka lebih kenali makanan seperti mi sup ayam yang mungkin lebih dijual di kantin-kantin sekolah dan menjadi makanan kebiasaan mereka," ujar beliau yang berharap untuk mengembangkan perniagaannya di Raffles MRT menjelang September ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >