Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harapan Masagos untuk Mesra

Jul 10, 2019 | 07:29 AM



MAJLIS Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) telah membuat pelbagai sumbangan dalam mengukuhkan perpaduan kaum dan agama dan boleh memainkan peranan utama dalam memupuk semangat kewarganegaraan dalam masyarakat Melayu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Memberi ucapan semasa majlis pelantikan penggal ke-15 Mesra di Wisma Geylang Serai semalam, beliau berkata Mesra dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) harus terus membina rangkaian luasnya dengan meningkatkan jangkauannya kepada seluruh masyarakat Melayu.



Ini bukan hanya sekadar dengan menganjurkan acara kemasyarakatan bertemakan budaya dan bahasa, malah menumpukan lebih perhatian, masa dan sumber dalam melakarkan strategi untuk mendekati rakyat secara lebih sistematik dan berkesan.



Beliau juga berkata sebagai pemimpin akar umbi, mereka harus menjalin perhubungan dan lebih mengenali penduduk dengan mendalam.

"Contohnya, kita harus tahu, keluarga mana yang mempunyai anak yang berada di peringkat prasekolah tetapi masih belum lagi mendaftar atau menghadiri kelas prasekolah," kata beliau.



Encik Masagos menambah bahawa dengan penubuhan rangkaian yang kukuh bersama penduduk Melayu, Mesra dan MAEC bukan saja dapat menjadi satu aset berharga kepada pergerakan akar umbi dan Singapura, malah memberi makna kepada peranan sebagai pemimpin akar umbi.



Beliau turut menekankan kepentingan mengukuhkan jalinan bersama guru sekolah di kawasan kejiranan mereka.



Menerusi kerjasama itu, anggota MAEC akan dapat membantu pelajar dan keluarga yang memerlukan, tambahnya.



Encik Masagos memberi contoh kisah Cikgu Fadial Jamaludin dari Sekolah Rendah Lianhua yang mengunjungi keluarga seorang pelajarnya yang sering tidak hadir di sekolah. Di situ, beliau mendapati bahawa keluarga itu mempunyai tujuh anak yang masih bersekolah dan menghadapi masalah kewangan.



Cikgu Fadial kemudian merujuk keluarga tersebut ke pihak Kelab Masyarakat Bukit Batok East untuk mendapatkan bantuan.



"Kini, ibu pelajar tersebut bekerja sebagai seorang penyambut tamu di sekolah manakala ayahnya pula mendapat kerja sebagai seorang pemandu.



"Keluarga tersebut hanya boleh dibantu secara keseluruhan dengan adanya hubungan erat di antara guru dengan pemimpin akar umbi," kata Encik Masagos.



Walaupun Mesra, yang ditubuhkan pada Julai 1988, telah menjalankan pelbagai inisiatif dan kegiatan bermakna dan baik dalam usaha merapatkan masyarakat pelbagai kaum dan agama, Encik Masagos menyeru majlis itu agar terus melakarkan program untuk memperkukuh perpaduan sosial dengan lebih mendalam dan mendalami isu dengan lebih terperinci.



Beliau juga menekankan peri pentingnya melabur dalam keupayaan dan pembangunan pemimpin akar umbi.



Mesra dan Institut Kepimpinan Masyarakat Nasional (Nacli), iaitu sayap latihan Persatuan Rakyat, akan membangunkan latihan berstruktur dan laluan pembangunan bagi mempertingkat keupayaan pemimpin dan anggota akar umbi yang berkhidmat dalam 97 MAEC. 



Kursus latihan itu akan bermula suku terakhir tahun ini, kata Encik Masagos.



"Mesra dan MAEC harus terus mengasah kecekapan dan keupayaan mereka supaya mereka, termasuk pelapis kepimpinan, dapat menjalankan tanggungjawab dan usaha mereka dengan lebih berkesan.



"Dengan adanya pemimpin akar umbi Melayu yang semakin cekap dan berpengetahuan, akan lebih majulah masyarakat Melayu kita," kata beliau.

Buat kali pertamanya, Mesra telah melantik seorang wanita - Cik Amatul Jameel Suhani Sujari - sebagai pengerusinya dalam majlis pelantikan penggal ke-15 Mesra itu di Wisma Geylang Serai.



Cik Suhani, 50 tahun, menggantikan Haji Omar Ismail, 67 tahun, bagi penggal ke-15 Mesra.



Haji Omar kini penaung kepada Mesra dan akan terus membimbing dan memberi nasihat kepada Mesra dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).



Sementara itu, Encik Muhammad Fauzi Saini, 35 tahun, pula dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Belia Mesra.



Seramai 27 ketua masyarakat menerima surat pelantikan mereka daripada Encik Masagos semasa majlis pelantikan itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >