Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harapan percutian murah di hotel idaman di Sentosa punah

Dec 18, 2021 | 07:00 AM



HARAPAN Cik Shidah (bukan nama sebenar) ingin menikmati percutian murah di hotel idaman di Sentosa telah berakhir dengan kekecewaan.



Ini selepas wanita yang menawarkan pakej tempahan hotel itu, yang dikenali dengan nama 'Farah Diyanah' di media sosial (@farahdiyanah), menghilangkan diri selepas menerima wang yang dibayar mangsa dan tidak memenuhi tempahan tersebut.



Akibatnya, Cik Shidah, 36 tahun, terpaksa mengeluarkan belanja lebih tinggi untuk tempahan bilik yang tidak dipilihnya, selepas wanita itu mendakwa pihak hotel membatalkan tempahan dibuat.



Berita Harian telah cuba menghubungi 'Farah Diyanah', namun gagal mendapat respons.



Berkongsi pengalamannya semasa dihubungi, Cik Shidah berkata beliau telah ditipu hampir $7,900 dalam tempahan itu.



Beliau telah membuat tempahan untuk menginap di Hotel Amara Sanctuary Resort Sentosa selama tiga hari dua malam sempena cuti sekolah menerusi akaun Instagram yang menawarkan harga hotel murah.



Cik Shidah membuat tempahan itu seawal Ogos tahun ini melalui pengguna Instagram, @janemakita45, penolong 'Farah Diyanah'.



Pakej awalnya itu berharga $1,198 dan pembayaran telah dibuat dengan segera menerusi PayNow.



"Saya melihat pempengaruh beri reviu mengenai penginapan mereka dan saya pun terpengaruh kerana ia kelihatan benar," ujar ibu kepada dua anak, lima dan tujuh tahun.



"Pada hari penginapan itu minggu lalu, saya telah berada di lobi hotel namun Farah Diyanah mengatakan hotel telah membatalkan tempahan kami," cerita Cik Shida.



"Beliau menawarkan Hotel Capella, yang lebih mahal dan mewah sebagai ganti. Tapi saya diberitahu supaya gunakan kad kredit saya dahulu dan beliau akan hubungi hotel untuk kembalikan pembayaran semasa daftar keluar nanti."



"Pada masa itu, saya percayakannya sebab tiada pilihan lain," rintih pengurus pentadbir itu.



Namun semasa daftar keluar, Cik Shidah mendapati penjual tidak menghubungi hotel kerana beliau dikenakan bayaran untuk kededua malam.



Akhirnya, beliau terpaksa membayar Hotel Capella jumlah tambahan $5,783.78. Cik Shidah juga membuat tiga tempahan berasingan untuk tahun depan, sebelum mengalami kejadian ini.



Nilai tempahan bagi tahun depan sebanyak $2,100 bagi tiga hotel yang dirancangkan bersama keluarga pada cuti sekolah Mac, Jun dan Hari Kebangsaan, tambahnya.



Ini bermakna, secara keseluruhan, penjual itu berhutang kepada beliau hampir $8,000 untuk penginapan di Hotel Capella dan tiga penginapan tahun depan.



Menurut Cik Shidah, beliau sudahpun membuat laporan polis.



"Jadi apabila saya membaca tentang berita bahawa polis telah menangkap seorang wanita yang butirannya sama dengan 'Farah Diyanah', seperti usia yang sama dan jumlah tempahan ditipu, saya berasa lega.



"Saya harap pesalah akan diadili dan menerima hukuman yang sewajarnya dan berharap pesalah itu dapat mengembalikan semula duit kami," tambah Cik Shidah.



Seorang lagi mangsa, Cik Siti (bukan nama sebenar), telah kerugian $1,750 selepas menempah lima bilik hotel di Pan Pacific Singapore Beach Road untuk majlis perkahwinannya hujung tahun depan. Penginapan selama dua malam itu adalah untuk keluarga beliau dan tunangnya.



"Pada awalnya, ia tidak rasa pelik sebab banyak reviu baik daripada pelanggan mengenai khidmat mereka. Jadi, saya fikir okey, boleh dipercayai," kongsi beliau.



"Tapi, tidak sampai seminggu, dia batalkan semua tempahan."



Cik Siti memutuskan untuk menempah melalui akaun Instagram itu, berbanding laman web tempahan bilik hotel rasmi yang lain, kerana tertarik dengan tawaran harga bilik hotel yang lebih murah.



Beliau juga berkata harga bilik hotel yang ditawarkan kelihatan "sahih".



"Pan Pacific pernah menawarkan harga promosi hampir serupa. Jadi, saya fikir beliau mungkin ada 'lobang' daripada Pan Pacific untuk menawarkan sebegitu," katanya.



Cik Siti dan tunangnya sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu selepas banyak kali cuba menghubungi penjual berkenaan dan mendapat bayaran balik mereka.



"Sekarang, saya sudah serik. Saya hanya akan menempah di laman web rasmi.



"Saya harap kami dapat semula duit kami…Duit ini bukan hanya duit saya tapi juga duit ahli keluarga saya dan tunang saya," tambahnya.



Dalam pada itu, pelakon Nurul Aini memohon maaf di Instagram kepada mereka yang membuat tempahan selepas membaca reviunya mengenai pakej tempahan hotel yang ditawarkan 'Farah Diyanah'.



Beliau yang menempah menerusi wanita itu bagi penginapan pada Julai dan semuanya berjalan lancar, berkata:



"Saya minta maaf jika anda tempah hotel kerana saranan saya. Saya tidak berniat langsung untuk menyarankan seorang yang dipercayai adalah penipu dalam talian."




NASIHAT POLIS



Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa membuat tempahan hotel dalam talian:



  • Jika harganya terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, ia mungkin tidak benar.

  • Elakkan membuat tempahan terburu-buru dan beli hanya daripada pengedar sah atau sumber ternama.

  • Semak dengan sumber rasmi seperti Lembaga Pelancongan Singapura (www.stb.gov.sg) dan Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (www.natas.travel) jika vendor adalah ejen pelancongan bertauliah.

  • Pilih pembayaran 'escrow' di mana dana hanya dikeluarkan selepas pembeli mengesahkan penerimaan produk atau perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut tentang penipuan, orang ramai boleh melayari scamalert.sg atau hubungi Hotline Anti-Scam di 1800-722-6688. Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai penipuan seperti itu boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau memberikan maklumat dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >