Harapkan pagar... kaunselor dadah jadi pengedar dadah, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Harapkan pagar... kaunselor dadah jadi pengedar dadah

Sep 16, 2016 | 07:54 AM

SEORANG ahli psikoterapi, yang memberi kaunseling kepada penagih dadah dan memulihkan mereka selama kira-kira lima tahun, sendiri menjadi mangsa dadah.

Gopal Mahey, 33 tahun, tidak hanya mengambil dadah, bahkan meminjamkan wang kepada seorang lelaki yang mendapatkan kaunseling daripadanya supaya mereka boleh menjual dadah bersama.

Dia berasa ia sebagai satu "peluang pelaburan". Mahey melakukan itu ketika dia memberi kaunseling kepada penagih dadah di penjara.

Dia ditangkap selepas kantung berisi dadah yang dibawahnya terjatuh ketika dia meninggalkan Penjara Changi terjatuh pada Disember 2013.

Mahey dihukum penjara lapan tahun dan sebat tujuh kali pada Khamis (15 Sep), setelah mengaku bersalah sebelum ini kepada pertuduhan mengedar dan mengambil dadah.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pada 2009, Mahey menyertai Pusat Psikoterapi dan mendapat sarjana dalam kaunseling profesional. Pusat itu diberi kontrak oleh Perkhidmatan Penjara Singapura untuk memberi kaunseling kepada penghuni bermasalah dadah.

Secara berasingan, pada 2013, Mahey berkawan dengan See Hui Chuan, alias Andy, 37 tahun. Dia menasihati See bagi masalah peribadinya dan mereka juga mengambil methamphetamine, atau 'Ice', bersama. Mahey mendapat tahu See pernah menjual dadah dan sedang memerlukan wang.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Rajiv Rai berkata: "Tertuduh kemudian memutuskan untuk meminjamkan (See) $5,000 pada dua masa yang berlainan untuk menyokong kegiatan pengedaran dadahnya... (Mahey) menganggap ia sebagai satu peluang pelaburan baik."

Sebagai ganjaran, Gopal mendapat $300 sebulan, 1.25g Ice seminggu, dan lima keping Erimin-5 sebulan. Malah, dia juga mengambilkan dan menyerahkan bekalan dadah kepada See pada 19 Dis 2013.

Esoknya, pada kira-kira 5 petang, kantung Mahey terjatuh ketika dia meninggalkan Penjara Changi. Seorang pegawai polis tambahan menjumpai kantung itu, yang mengandungi pil yang tidak diketahui dan satu paket bahan kristal.

Rakaman litar tertutup menunjukkan kantung itu terjatuh dari Mahey. Dia ditangkap oleh Biro Narkotik Pusat tiga hari kemudian dan air kencingnya didapati positif bagi dadah methamphetamine. See ditangkap pada hari sama, dan telah dihukum.

Perkhidmatan Penjara Singapura berkata ia menjalankan pemeriksaan ketat ke atas semua individu yang memasuki institusi penjaranya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map